Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi berkongsi berita sedih apabila memaklumkan kucing peliharaannya yang diberi nama Miki telah pun mati dipercayai akibat virus Parvo.
Menerusi Instagram, Haiza yang kini muncul dengan single Mantan Isterimu mendedahkan dia menjaga kucing kesayangannya yang berusia 7 bulan itu selama dua minggu sebelum ia mati.
Peka dengan situasi semasa, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat turut tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan khasnya kepada golongan terjejas sepanjang fasa pandemik.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, memberikan bantuan untuk mereka yang berada di sekitar Ayer Keroh, Melaka yang diusahakan oleh keluarganya, pada Selasa.
Ayda yang kini sedang hamil anak pertama bersyukur kerana urusan agihan sumbangan berupa barangan keperluan dipermudahkan.
“Saya rasa bersyukur kerana dapat sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Ia merupakan usaha kami untuk membantu penduduk di tempat asal saya.
“Kalau ikutkan hati, saya nak sama-sama keluar mencari mereka yang terkesan dan mahu membantu, tetapi saya sendiri enggan berhadapan dengan risiko kerana sedang sarat hamil.
“Memandangkan saya kini tinggal di kawasan Lembah Klang yang terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), keluarga saya yang mengagihkan sumbangan di Melaka.
“Kami mengagihkan bekalan makanan, susu dan lampin pakai buang. Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan terima kasih kepada keluarga saya yang membantu,” katanya.
Isteri kepada pengacara Nabil Mahir turut berharap agar sumbangan yang dihulurkan sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka yang memerlukan.
“Ramai yang terkesan dengan pandemik ini. Jika hendak dihitung, bantuan yang saya berikan bersama keluarga tidaklah sebanyak mana.
“Saya berharap tak ada pihak yang anggap kami mahu menunjuk memberi bantuan. Saya mahu perkara ini dilihat menerusi sudut positif. Malah, foto penerima bantuan pun saya tak mahu dedahkan di laman sosial.
“Saya berharap cerita ini dapat menjadi inspirasi untuk orang ramai yang berkemampuan dan mempunyai rezeki lebih dapat sama-sama berkongsi dengan mereka yang memerlukan.
“Saya hanya membantu dari jauh sahaja dan berharap ia dapat meringankan beban sedikit sebanyak. Semoga kita semua sama-sama saling membantu dan menjaga keselamatan agar dapat mengekang penularan Covid-19,” katanya lagi.
Sementara itu, Ayda menerusi Insta Story turut berkongsi foto berkaitan.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak awal pagi tadi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video tular yang memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai seorang usahawan terkenal yang dikatakan berkelakuan biadap terhadap seorang warga emas.
Ahli perniagaan tersebut dikatakan bertindak bertanyakan mengenai kehidupan masa lampau warga emas tersebut atas tiket untuk memberikan kata-kata bersifat motivasi.
Video berdurasi hampir satu minit itu nyata menimbulkan kemarahan ramai pihak termasuklah pelakon, Sherry Ibrahim.
Menurut Sherry, memang sudah menjadi kepantangannya sekiranya ada mana-mana pihak yang berkelakuan biadap terhadap orang yang lebih tua malah, dia dia juga menyifatkan tindakan individu terbabit merendah-rendahkan warga emas itu disifatkan sangat tidak wajar.
“Sherry memang pantang dengan orang yang tak pandai nak hormat orang-orang tua mcm ni. Tak perlu kot nak merendahkan orang mcm tu. Sangat tak baik.
“Dude you need to change your attitude and need to also LEARN how to treat the elderly with RESPECT PERIOD,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Ayahanda itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, sifat tersebut hendaklah diubah kerana tiada seorang pun yang berhak untuk dilayan secara biadap.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan pandangan yang sama selain turut mengecam tindakan ahli perniagaan tersebut.
“Sebab tu orang cakap, adab ni tak ternilai. Orang banyao duit pun belum tentu boleh beli adab.
“Dia tuhan ke? Ayat boleh elok sikit. Ya Allah, pak cik tu dah macam ayah aku. Biadap too much.
“Melampau betul orang muda ni. Tak pakai otak bercakap aibkan orang tua depan khalayak ramai,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, video berkenaan telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Sherry Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama SND Soul Entertainment melancarkan single terbaru berjudul Hasbi Rabbi oleh Siti Nordiana yang turut menampilkan Ustaz Sharizan.
Lagu ini adalah salah satu single dari album terbaru dan merupakan album kedua iaitu Zikir Ketuhanan dari Siti Nordiana selepas album Anakku Sayang.
Istimewanya, album kali ini ialah zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca namun telah diolah dalam melodi yang lebih indah dan mampu membuat pendengar menginsafi diri dengan alunan indah kalimah-kalimah suci dan mulia.
Mengulas mengenai pengalamannya memasuki studio bersama Ustaz Sharizan, Siti Nordiana atau selepas disapa Nana bersyukur kerana ia dipermudahkan.
“Satu pengalaman yang banyak mengajar saya. Ustaz juga banyak pantau nyanyian dan sebutan Nana. Malah sewaktu melakukan rakaman, Ustaz banyak memberikan ilmu dan tunjuk ajar.
“Contohnya ada tentang nyanyian dan maksud selawat yang kurang pasti, Ustaz akan jawab dan memberikan pengisian rohani sewaktu merakamkan lagu Hasbi Rabbi,” jelas Nana yang amalkan Al Mathurat iaitu Al Mathurat Sughra dan zikir-zikir yang lain dalam kehidupan harian.
Berkongsi lanjut mengenai zikir, ibu tunggal ini turut menceritakan mengenai kuasa zikir hingga ada ketika dia menitiskan air mata.
“Sudah tentu kalau Nana berzikir, saya akan menangis. Ada masa-masa yang Nana akan menangis mengenangkan dosa kita. Kita manusia tidak sempurna, pasti ada dosa dan kesilapan yang kita lakukan.
“Waktu itu Nana akan menangis. Nana juga mudah tersentuh bila dengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi. Nana sukakan muzik jadi ia dekat dengan Nana.
“Apabila melodi dan lagu itu kena dengan situasi atau liriknya mengena, Nana akan mudah menitiskan air mata,” katanya.
Ditanya tentang perjalanan lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian di Malaysia ketika ini, Nana menzahirkan rasa syukur kerana ia sudah sedia diterima di negara ini.
“Bagi Nana, lagu kerohanian sudah banyak dikeluarkan. Alhamdulillah bukan sekadar melodi dan ia tidak terbatas. Malah kini lagu rap dan pop juga menjentik lirik kerohanian. Sangat bagus bila anak-anak muda turut dengar malah hafal.
“Ia dapat memberikan manfaat dengan mengamalkan lirik-lirik lagu kerohanian tersebut. Malah langkah membuat lagu-lagu yang dekat dengan anak muda, sangat bagus. Lagu pop dan balada tapi berlirikkan kerohanian.
“Sangat digalakkan untuk buat banyak lagi kerana akan ada orang yang tersentuh bila mendengar. Macam Nana, kerap tersentuh bila dengar lagu-lagu Maher Zain dan Opick. Lagu-lagu yang banyak beri ketenangan pada jiwa yang tengah ‘down’.
“Bila dengar, ia seperti memberi semangat balik kepada Nana,” jelasnya lagi.
Lagu dan lirik Hasbi Rabbi hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...