Penerbit dan pengarah, Michael Ang ada berkongsi satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut merakamkan pengarah terkenal itu memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari heroin khusus buat drama barunya yang bakal memulakan pengambaran 20 September depan.
“Salam semua! Video stress hari ni! Mcm nak bunuh aje org! Boleh ke bagi aku salah date for the meeting!
“Lepas tu besok meeting back to back! Heroin tak ada Tapi nak shoot 20/9!!
“Hmmm Siapa eh nak cari? Sila rekomen! Luv u all have a great week,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Penyanyi Shiha Zikir ada memberikan kata-kata semangat menerusi laman Instagramnya beberapa hari lalu yang berkait dengan melawan rasa putus asa yang ada dalam diri.
Mulai terjun ke dunia seni sejurus menyertai program Mentor sekitar tahun 2011 lalu kerjaya seni bintang ini diakui ada pasang surutnya.
Meski namanya tidaklah segah atau terkenal sebagaimana rakan artis lainnya, namun atas dasar minat dia tetap menongkah arus tanpa jemu.
“Saya nak mereka jadikan kisah saya ini sebagai inspirasi dalam apa sahaja bidang yang mereka lalukan. Bukan kerana saya mahu dijadikan contoh sebab saya popular, sebab saya tidak popular. Jadi ikut saya. Sebab apa? Sebab saya masih ada dalam industri tidak pernah rasa putus asa.
“Cuma saya akui memang akan ada rasa sedih kerana atas rasa minat ini, kita sebolehnya mahu setiap apa yang kita lakukan itu orang terima dengan baik. Akan tetapi kalau masih belum ada rezeki, tidak mengapalah,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Shiha yang turut mencipta nama di Indonesia ini juga percaya kepada rezeki.
“Contohnya saya tersingkir dalam saingan Muzikal Lawak Superstar. Siapa yang masuk bertanding tak mahu menang?
“Tapi tiada rezeki tidak mengapa saya masih boleh positif. Saya percaya dengan rezeki masing-masing,” jelas Shiha.
Pada masa sama, Shiha turut berkongsi hampir 10 tahun terlibat dalam seni, dirinya sudah melalui pelbagai dugaan termasuk insiden melibatkan selebriti lain.
“Kalau nak diikutkan tekanan dengan rakan-rakan artis yang ada merendahkan saya depan orang lain, apa tindakan saya? Cuma saya tidak bercerita.
“Ada yang pernah halau saya dari studio, pernah rendahkan saya di hadapan penyanyi lain depan orang ramai dan pernah terima kata-kata ‘kau tak layak dalam industri.
“Mereka yang tengah rasa down sekarang ni, pedulikan kata orang. Menariknya, orang yang pernah bercakap sedemikian pada saya ada yang datang minta tolong diberikan tawaran ‘job’ sekiranya ada,” jelasnya yang turut mengakui sukar untuk mencari sahabat sejati kerana kebanyakannya hanya akan menghimpit individu yang terkenal semata.
Terdahulu, Shiha ditemui pada pertandingan Todak x Bigo Star di Setia Alam, pada Sabtu yang turut mengundang penyanyi ini sebagai antara barisan juri yang menghakimi pertandingan nyanyian yang disertai lima finalis terdiri daripada famili BIGO Malaysia yang menggunakan aplikasi BigoLive.
Peserta kedah, yang menggunakan nama akaun Tuah Seminit diumum juara sekaligus membawa pulang wang tunai, RM10,000 beserta 50,000 Beans dan Gold Medal. Tempat kedua pula disandang Isadora sekaligus menerima RM5,000 beserta 20,000 Beans dan Silver Medal.
Sementara tempat ketiga menjadi milik Sarah Aqilah sekali gus melayakkan peserta ini untuk membawa pulang RM2,000 beserta 5,000 Beans dan Bronze Medal.
Tempat keempat dimenangi oleh Papa Muda yang turut memenangi Persembahan Terbaik dengan ganjaran wang tunai RM1,000 dan Seth, gadis asal Sabah di tempat kelima.
Terbuka kepada semua famili BIGO Malaysia yang menggunakan aplikasi BigoLive, pertandingan telah dibahagikan kepada empat saringan, pusingan pertamanya diadakan pada 16 hingga 22 Ogos 2019 lalu.
Sementara pada saringan akhir, sistem pemarkahahannya adalah 60% penjurian dari juri professional dan 40% undian penonton BigoLive.
Selain Shiha, penonton yang hadir turut hiburkan dengan persembahan penyanyi baru yang turut dicungkil bakatnya dari Bigo, Razak A’Ai dan pertandingan turut disokong jitu Pengurus Negara Serantau Bigo, Xiong Jing serta Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Mohd Ikmal Fareeq Shamsul Bahri.
Menerusi ruangan komen, rata-rata telah memberikan respon pelbagai.
Malah, Azhar dan anaknya juga dilihat ada memberikan reaksi.
Pada masa sama, Azhar ada memberitahu anaknya mampu bertutur dalam Bahasa Melayu, cuma pelat.
Terdahulu, Leona pernah menerima Anugerah Ikon Perintis Muda Pengakap Laut bersempena sambutan Hari Pelaut 2019 Peringkat Nasional pada awal Julai lalu.
Noor Nabila Mohd Noor menegaskan keputusannya untuk berpisah bersama suami, pelakon Sharnaaz Ahmad merupakan hasil persetujuan secara bersama selepas usaha untuk memperbaiki hubungan sebagai pasangan suami isteri menemui kegagalan.
Kakak kepada Neelofa itu pada masa sama turut akui rasa terkejut dengan kenyataan balas Sharnaaz sebelum ini.
“Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.
“Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden.
“Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.
Pada masa sama, Nabila turut menambah dia ada menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan peguam pelakon itu turut menghantar butiran sama menerusi e-mel.
“Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian
“Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada kemungkinan sikap panas baran suami selain kewujudan orang ketiga dalam hidup lelaki itu sebagai punca mereka bertindak demikian, ini reaksi Nabila;
“Saya tidak mahu komen bab itu. Kami pun sudah tidak tinggal sebumbung, sejak Februari tahun lalu,” jelasnya ringkas.
Baru-baru ini, Nabila didakwa telah pun memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas gosip mengenai perkara itu diperkatakan ramai.
Malah, perkongsian sekeping foto dipercayai diambil dari Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story milik Nabila turut menjadi perhatian.
Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, setahun.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.