Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Kedua. Pilih Nama Iris Buat ‘Baby Girl’. Simple & Ringkas!

Share

Pelakon Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada petang Isnin.

Dalam masa sama, pelakon drama Hati Perempuan itu turut mengumumkan nama puterinya, Iris menerusi akaun Instagramnya.

Here we grow again!

“Assalamualaikum everyone! Meet our babygirl, Iris Binti Mohd Izham Tarmizi,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-ratanya mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd. Izham Tarmizi.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa,2 tahun.

Foto: Instagram Mia Ahmad

IKLAN