Setelah tiga musim memegang watak utama dalam drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku, Siti Saleha akui watak Mia Adrianna sangat istimewa.
Menurut Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, dia juga menyayangi watak berkenaan.
Justeru, aktres berusia 32 tahun ini merakamkan rasa terharu kepada para penonton yang telah memberi tanda sokongan terhadap peranan Mia Adrianna yang dibawa.
“Mia Adriana will always have a special place in my heart. Thank you for loving her as much as I did.
Ads
“Now, Mia is signing off. Jumpa dalam project lain Insyaallah.
#7harimencintaiku3 #miaadriana #salehatravels #turkey,” tulisnya di Instagram.
Sekadar informasi, 7 Hari Mencintaiku 3 dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Jasmin Hamid, Liza Abdullah, Faye Kusairi, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Drama rantaian ini ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Saleha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro menceritakan kembali kisahnya saat bertemu dengan beberapa orang peminat kecil baru-baru ini.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, kanak-kanak tersebut dilihat amat teruja ketika terserempak dengannya yang pada ketika itu sedang memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Enggan menghampakan kanak-kanak tersebut, Ajak kemudiannya turut daripada keretanya lalu menyantuni kanak-kanak tersebut yang juga merupakan pasangan adik beradik itu.
“Kebetulan tengah bersembang dalam renyai, aku ternampak tiga beradik ni. Dari jauh aku nampak diorang excited ternampak pelawak suam kuku ni.
“Aku terus lintas jalan sebab tak nak diorang yang lintas. Dapatlah bagi hadiah raya sikit kat adik ni. Nampak dekat muka diorang yang diorang happy,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, momen-momen seperti itu sebenarnya yang membuatkan dirinya berasa puas bergelar seorang anak seni.
“Aku puas. Serius aku puas dapat gembirakan diorang. Semoga membesar jadi anak soleh solehah dan insan yang berjaya. Doakan rezeki pakcik ye Dik.
“Pakcik simpan sini buat kenangan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji sikap Ajak yang sentiasa mesra ketika bersama dengan peminat.
“Semoga Allah luaskan lagi rezeki Ajak sekuarga. InshaaAllah. Terbaik Ajak.
“Terima kasih brother. Semoga terus dimurahkan rezeki.
“Sampai tua dia akan ingat jumpa artis kat simpang tau.
“Touching. Thank you ajak sebab bagi kanak-kanak rasa nikmat jumpa orang yang selalu kita tengok dalam tv je.
“Berkongsi rezeki dan mengembirakan orang disekelilig. Pasti Allah gandakan rezeki awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, bakat ajak sebagai pelawak mula dicungkil ketika dia menyertai program, Raja Lawak musim ke-6 bersama kumpulan Shiro yang turut dianggotai pasangan pelawak, Shahrol Shiro.
Bersama kumpulan Shiro, Ajak juga pernah menjuarai program lawak popular, Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018.
Ketika ini, ajak merupakan seorang penyampai di stesen radio Suria FM yang mengendalikan segmen, Team Pagi Suria bersama rakan penyampai Fizi Ali dan Suraya Borhan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ajak Shiro & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Marshanda hari ini mengumumkan yang dia menghidap kanser payudara menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun YouTubenya.
Dia yang kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan dilihat menitiskan air mata saat bercerita tentang perkara ini namun percaya bahawa apa yang dilaluinya adalah sebahagian daripada aturan tuhan untuk dirinya.
“Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya,” ujarnya mengenai keberadaannya di negara maju itu.
Biarpun perasaan bercampur baur apabila disahkan menghidap kanser yang banyak membunuh kaum wanita, Marshanda menyatakan bahawa dirinya tidak takut. Jika memang ditakdirkan umurnya pendek, sekurang-kurangnya dia tahu apa perkara seterusnya yang boleh dia lakukan.
Mengakui bahawa dia kadangkala merasai sakit di bahagian payudaranya, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, “Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir, tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya. Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.”
Antara detik menyentuh hati dalam video yang dimuat naik itu. Pelakon yang terkenal menerusi drama Petualangan 100 Jam ini meninggalkan pesanan kepada Sienna yang merupakan satu-satunya anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Ben Kasyafani, Marshanda berharap agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.
Wanita berusia 32 tahun ini turut berterima kasih kepada bekas suami dan isteri barunya, Nesya Ayu Nabila kerana menjaga Sienna dengan baik. Dia juga menyatakan bahawa Nesya memiliki hati yang sangat murni dan telah menjadi ibu tiri yang terbaik bagi anak tunggalnya itu.
Sebelum ini Marshanda pernah disahkan menghidap masalah gangguan bipolar dan dia mengembara hingga ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan terbaik.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Jihan Muse mendedahkan usia kehamilannya kini sudah lebih enam bulan dan dijangka bersalin pada September depan.
Meluahkan rasa syukur, Jihan, 38, akui dia juga kini lebih menghargai kehidupan selepas disahkan positif Covid-19, hujung Januari lalu.
Jihan berkata demikian ketika ditemui di sidang media Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
“Allah nak uji, ketika usia kandungan lebih sebulan, saya disahkan positif Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor selama 10 hari.
“Saya dapat tahu positif virus berkenaan sejurus melakukan ujian saringan sebagai persiapan mengacarakan AME2021 yang sepatutnya berlangsung pada 30 Januari lalu sebelum ia ditangguhkan,” katanya.
Jihan bagaimanapun syukur lega apabila dia tidak mengalami situasi sukar sepanjang berada di hospital.
“Saya bersyukur sebab ketika fasa tersebut, saya punya simptom tidaklah teruk. Mungkin kerana sudah lengkap vaksin. Cuma saya ada alami batuk, demam yang teruk tidak ada alhamdulillah,” katanya.
Ditanya reaksi suaminya yang juga pelakon, Ungku Hariz, Jihan akui mereka tidak pernah putus doa untuk memiliki cahaya mata kedua.
“Saya gembira, begitu juga dengan suami. Sebab memang sudah lama berhasrat untuk ada rezeki zuriat lagi sebenarnya. Anak sulung pun dah masuk empat tahun.
“Saya dapat tahu hamil pun pada minggu-minggu akhir Gegar Vaganza 8 (GV8). Soal jantina saya tidak kisah, asalkan bayi dalam keadaan sihat dan baik sudah memadai,” katanya lagi.
Jihan atau nama sebenarnya, Nuur Jihan Musa berkahwin dengan Ungku Hariz pada 2016.
Sementara itu, Jihan yang dinobatkan sebagai Personaliti TV MeleTop menyifatkan kemenangan pertamanya secara solo di AME kali ini sebagai dedikasi buat peminat.
“Selain ini rezeki anak, saya rasa ini juga satu penghargaan buat peminat. Mulanya memang tidak jangka. Ingatkan hanya ‘content’. Bila nama diumumkan, saya tergelak.
“Tapi saya bersyukur memandangkan sebelum ini selalu juga tercalon dalam mana-mana anugerah, tapi susah nak menang sebab ini peminat punya usaha. Terima kasih buat kalian yang mengundi,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...