
Pendakwah selebriti dan pelakon, PU Rizz semakin dikenali apabila terdapat beberapa keping gambar lucah mirip wajahnya tersebar di laman media sosial.
Bagaimanapun, PU Rizz menafikan perkara tersebut dan telah membuat laporan untuk mengambil tindakan terhadap individu tidak bertanggung jawab.
Apa pun, ini dia 5 fakta mengenai pendakwah selebriti ini.
1.Nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dan telah dilahirkan pada tahun 1995. Merupakan anak jati negeri Selangor. Riz anak kedua daripada tiga beradik.
2.Pendakwah selebriti ini pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
3.Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas konflik yang berlaku di sana.
4.Mulai dikenali setelah menjadi perserta program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016.
5. PU Rizz turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan sekitar 2018. Antara drama yang pernah dibintanginya termasuk Selafaz Cinta, Airmata Bumi Di Matador dan Lelaki Kiriman Tuhan.
Foto : Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pencarian Dewi Remaja Kembali, Raikan 40 Tahun Legasi Ikonik

Program realiti pencarian bakat yang ikonik, Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-14 tahun ini bersempena sambutan ulang tahun ke-40 sejak ia mula diperkenalkan pada 1985.
Pendaftaran secara dalam talian dibuka bermula 26 Jun hingga 10 Julai 2025 menerusi laman rasmi www.remaja.my/dewi. Gadis remaja Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun yang mempunyai penampilan menarik, berbakat serta yakin dalam menyuarakan pandangan digalakkan untuk menyertai.
Calon peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dan menghantar sebuah video pengenalan berdurasi kurang dua minit yang memperkenalkan diri, pencapaian terbesar mereka serta sebab mereka layak bergelar Dewi Remaja 2025.
Sejak dianjurkan 40 tahun lalu, pertandingan ini telah mencungkil ramai personaliti terkenal tanah air antaranya Aleeza Kassim, Scha Alyahya, Izara Aishah, Noor Neelofa, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan Tracie Sinidol. Edisi terakhir pada 2023 menyaksikan Nurel Baharin dari Sarawak dinobatkan sebagai juara.
BACA JUGA: Tracie Sinidol Juara Dewi Remaja 2022, Turut Rangkul Dewi Favourite!
Penganjuran kali ini menyasarkan peserta yang bukan sahaja menyerlah dari segi penampilan dan kebolehan, malah mempunyai nilai serta kredibiliti sebagai figura awam dalam era digital.
Format pertandingan yang dahulunya berpaksikan majalah kini sudah beberapa edisi disiarkan dalam bentuk program realiti televisyen dan kandungan digital, bertepatan dengan perubahan landskap media semasa.
Menginjak ke usia 40 tahun, Dewi Remaja terus mengukuhkan kedudukan sebagai platform pencungkil bakat gadis yang berpengaruh dalam pelbagai bidang dan terus relevan dalam peredaran masa.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Emilia Contessa Miliki Sejarah Penyakit Diabetes & Darah Tinggi Sebelum Disahkan Meninggal Dunia

Pemergian penyanyi Indonesia bersuara lunak, Emilia Contessa, pada Isnin, 27 Januari 2025 meninggalkan rasa duka dalam dunia hiburan Nusantara.
Disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Blambangan, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur, dia yang menutup hidup pada usia 67 tahun dilaporkan menghidap penyakit diabetes.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh adik bongsunya, Dino Rosano Hansa, ketika ditemui oleh media tempatan.
Jelasnya, arwah kakaknya itu dibawa ke RSUD pada jam 7 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) kerana mengeluh tidak sihat sejak malam sebelumnya lagi.
Kesihatan Emilia terus merosot dari waktu ke waktu sepanjang berada dibawah perawatan dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang WIB
“Jadi Allahyarhamah memang memiliki penyakit diabetes dan dari hasil pemeriksaan pasukan doktor yang merawat, tahap diabetesnya terus meningkat naik bermula dengan bacaan 400, 350 dan kemudiannya 500 sampai drop,” kongsi Dino lagi.

BACA JUGA: Penyanyi Legenda Indonesia, Emilia Contessa Meninggal Dunia
Selain itu dalam laporan lain, pelantun lagu Penasaran ini turut menghidap penyakit darah tinggi dan sentiasa mendapatkan perawatan untuk kedua-dua sakit yang dihidapinya.
Imbas kembali, Emilia atau nama penuhnya, Nur Indah Citra Sukma Munsyi, memulakan kerjaya dalam dunia seni sejak berusia 12 tahun lagi sebagai seorang penyanyi.
Dia kemudiannya mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan menjadi antara pelakon terkenal di Indonesia.
Sekadar info, Emilia pernah berduet dengan penyanyi popular Malaysia, Liza Aziz, dalam sebuah lagu bertajuk Dari Jauh hasil ciptaan Ross Ariffin dan Amran Omar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lari Bidang Lepas Raih Ijazah Mechanical Engineering, Mierul Aiman Fokus Jadi Anak Seni

Selepas berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (kepujian) di Universiti Selangor (UNISEL), pelakon meningkat naik, Mierul Aiman kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk bergelar anak seni.
Menurut Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, sepanjang lima tahun di universiti, dia sudah pun menjalankan amanah ibu bapanya itu sebaik mungkin.
“Buat masa sekarang, sepenuh hati saya hanyalah untuk bergelar anak seni. Saya sudah bertungkus lumus selama lima tahun di universiti untuk mendapatkan segulung ijazah.
“Saya tahu bagaimana prosesnya dan ia sangat susah. Bila saya sudah lalui fasa itu, saya sudah buktikan kepada mama dan abah yang saya berjaya menamatkan pengajian tanpa gagal,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Projek: High Council itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen ‘Bulan Bintang Terrrpaling Raya 2024’ baru-baru ini.
Pada masa sama, Mierul turut menzahirkan rasa syukur apabila segala penat lelah dan usaha untuk bergelar anak seni kini telah membuahkan hasil.
“Sekarang, saya mahu mecari perkara yang mampu memuaskan diri saya pula iaitu dunia lakonan. Ketika menyertai Hero Remaja 2021, saya tertanya-tanya adakah saya mampu menembusi bidang ini.
“Mampukah saya meraih kepercayaan daripada para pemain industri seperti penerbit, pihak produksi, pengarah rakan lakon dan penonton.
“Namun alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya. Pengarah dan pihak produksi telah meletakkan kepercayaan untuk saya menaikkan nama industri,” ulasnya lagi.
Sementara itu, juara Hero Remaja 2021 itu akui berbesar hati untuk menjadi duta bagi jenama baju raya terkenal, Bulan Bintang.
Katanya lagi, komited yang ditunjukkan oleh jenama ini sangat dekat dengan jiwanya.
“Saya mula bekerja dengan Bulan Bintang pada tahun 2023. Ketika itu, saya hanyalah sebagai salah seorang wajah yang menggayakan produk ini.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT tahun ini saya mendapat kepercayaan yang besar untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta.
“Saya percaya jenama ini mempunyai identiti yang sangat dekat dengan jiwa saya. Ini merupakan salah satu impian untuk bekerja dengan jenama yang terkenal dan disegani di negara ini,” katanya.
Terdahulu, Mierul telah pun diperkenal sebagai duta bagi kempen Hari Raya 2024 bagi produk kurta.
Selain Mierul, beberapa selebriti ternama turut terpilih menjadi duta seperti Shukri Yahaya, Remy Ishak, Hannah Delisha, dan Daiyan Trisha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI