Eh betul ke apa yang MH dengar ni? Ada sumber beritahu kami Janna Nick bakal mengacara program Melodi tahun hadapan menggantikan Awal Ashaari.
Menurut ‘mereka’ keletah Janna yang ceria dan bingit pasti akan memeriahkan lagi program tersebut.
Semua timbul selepas tersebarnya berita Mira Filza bakal mengacarakan program Nona. Lebih menguatkan spekulasi apabila isu ini menjadi topik hangat dibincangkan di laman forum Cari.
Melalui pemerhatian kami, MH dapati ramai yang kurang senang dengan berita ini dan menganggap Janna terlalu ‘bingit’ untuk menjadi pengacara Melodi.
Malah, ramai juga melahirkan kebimbangan mereka kerana Janna sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Dalam pada itu ramai juga yang turut bersetuju dan tumpang gembira dengan spekulasin ini.
Selain Jannah, beberapa nama selebriti lain juga turut dipetik dalam perbincangan antara pengguna forum.
Antaranya seperti, Sherry Al Hada, Kiah Propa, Sarimah Ibrahim dan Kak Ogy selaku bekas pengacara Melodi suatu masa dahulu.
Walaubagaimanapun, sehingga kini baik dari pihak Melodi mahupun Janna Nick, masih belum ada apa-apa pengesahan tentang perkara ini.
Jika benarlah spekulasi yang kami dengar ini, MH rasa rancangan ini pasti akan lebih seronok dan meriah!
Tetapi apa yang menjadi persoalan di antara kami bila mendapat berita ini, adakah Janna mempunyai masa untuk mengacara?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cita-Cita Ini Saya Pegang Sejak Jejakkan Kaki Ke Bumi Mesir,” – Buka Klinik Gigi Pada Usia 29 Tahun, Dr. Hafiz Zainal Syukur
Penyanyi yang juga merupakan doktor gigi, Dr. Hafiz Zainal mengakui berasa amat bersyukur kerana impiannya untuk membuka sebuah klinik pergigian miliknya sendiri telah pun tercapai.
Menurut Hafiz, dia menyifatkan pencapaian tersebut sebagai hadiah terindah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.
Katanya lagi, dia sebenarnya telah pun memasang impian tersebut sejak pertama kali dia melangkah ke bumi Mesir untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang amat disukainya itu.
“Alhamdulillah 29 tahun dipinjamkan usia. Tak sangka cita-cita untuk memiliki klinik pergigian sendiri @toothsuitedental sebelum mencecah umur 30 tercapai .
“Cita-cita ni saya pegang sejak daripada saya menjejakkan kaki ke bumi mesir pada tahun 2011 sebagai 1st year dental student di Alexandria University, kemudian sambung ke UKM dental school, sehingga lah graduated with Doctor of Dental Surgery (DDS) U.K. Malaysia,” tulisnya.
Rasa gembira itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Rindu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Hafiz turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokongnya selama ini.
“Alhamdulillah, banyak yang membantu and banyak yg bagi encouragement to be a professional singer as well at the same time since 2015
“Thank you Allah and thank you so much kepada semua yang menyokong dan mendoakan saya. May Allah bless you all,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa bangga selain turut mendoakan Hafiz terus sukses pada masa akan datang.
“Happy birthday Hafiz. Have a blast. Your sincere effort deserve this success.
“Wah, tahniah! Achievement unlock. And more to come insyaAllah. Happy birthday.
“MasyaAllah tahniah dik. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat adik dan family.
“Happy birthday doctor. Hopping another achievement will be easier unlock for you,” antara reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Dr. Hafiz Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cik B Sekarang Sibuk Sangat Dengan Muzikal Lawak Superstar,” – Datuk Seri Vida Isi Masa Dengan Anak, Bawa Bercuti Di Pulau Pinang
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV telah meluangkan masa bersama dengan anaknya dengan pergi bercuti di Pulau Pinang.
Mengakui anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen yang kini sedang aktif menyertai program hiburan Muzikal Lawak Superstar musim kedua, DSV tetap cuba untuk meluangkan masa bersama anaknya.
“Harini saya curi curi masa bawak @cikb_havoc66 @kacak_._ datang bercuti. Cik B sekarang sibuk sangat dengan muzikal lawak superstar. Saya taknak dia stress
“Cik B dengan Kacak memang rapat. Cik B penyayang Kacak pulak manja. Kalau dah berjumpa asyik bergurau.
“Perasan tak kalau first time check in bilik akan ada bau macam lama orang tak duduk. bau perabot bagai bagai. saya tak suka .
“Sebab tu saya bawak PERFUME OUD saya kemana mana. senang nak spray.
“Okay lah sebab ramai yang request suruh saya extend sales semalam. ada yang tak sempat nak grab sebab saya buka terhadd,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Imbas kembali, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkahwin dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kemelut Rumah Tangga Bakal Berakhir, Syamsul Yusof Bakal Lafaz Talak Cerai Pada 18 April Ini
Selepas tiga bulan turun naik mahkamah, kemelut rumah tangga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof bakal berakhir selepas dia bersetuju untuk melafazkan talak terhadap isteri, pelakon Puteri Sarah Liyana pada 18 April ini.
Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada pagi Isnin.
“Kedua-dua pihak sudah menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara aman dan baik.
“Jadi kita akan datang minggu depan untuk mengesahkan penjanjian itu dan lafaz cerai.
“Tarikh baharu adalah 18 April depan, untuk mencari persepakatan mengenai terma-terma yang sudah pun dibincangkan.
“Pada hari itu, kita akan rekod di Mahkmah Rendah dan Mahkamah Tinggi kerana membabitkan anak-anak. Anak-anak adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
“Selepas lafaz cerai, kita akan rekod keMahkamah Tinggi untuk rekod berkenaan isu hadanah dan selepas itu kita akan jadikan perintah mahkamah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai proses JKP, Akberdin berkata semuanya sudah selesai kerana kedua-dua pihak sudah menyatakan persetujuan untuk memuktamadkan tarikh penceraian.
“Pada tarikh akan datang, Syamsul akan lafazkan cerai kerana sudah ada persetujuan,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah menzahirkan rasa syukur apabila permohonan penceraian yang diajukan sudah dipersetujui oleh Syamsul mengikut syarat yang akan dibentangkan pada 18 April depan.
“Alhamdulillah kami dah berjumpa dan kami dah berbincang semua terma serta syarat. Apa yang saya dan dia mahu berkenaan anak-anak, nafkah dan sebagainya.
“Malam semalam kami selesaikan semuanya juga. Alhamdulilillah berkat bulan Ramadan. Jadi semuanya dipermudahkan hari ini.
“Kita sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua selesai. Tak perlu nak pening-pening lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Syamsul enggan mengulas lanjut berkenaan hasil persetujuan yang dicapai, hari ini.
“Semua sudah selesai. Ini semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih,” katanya ringkas sambil menuju ke tempat letak kereta.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais.
Terdahulu, sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI