Nampaknya ramai artis yang telah menamatkan zaman bujang mereka tahun ini.

Mungkin ada yang lupa siapa artis yang telah berkahwin pada tahun ini kan? Jom MH nak recap semula artis yang telah selamat berkahwin pada tahun 2017.

 

1. Sari Yanti & Jep Sepahtu

#MHRECAP: 8 Perkahwinan Artis Paling Trending Sepanjang 2017

Pasangan ini telah mengejutkan industri seni tanah air apabila mereka akhirnya berkahwin selepas sering bermain teka-teki tentang hubungan mereka. Jep dan Sari telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Mohamad Nazari dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal pada bulan Februari yang lalu.

 

2. Ummi Nazeera & Izzar Anwari

#MHRECAP: 8 Perkahwinan Artis Paling Trending Sepanjang 2017

Pada 23 Julai yang lalu, pelakon popular, Ummi Nazeera telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Dr. Mohd Izzar Anwari. Majlis nikah mereka telah berlangsung secara tertutup dan tarikhnya lebih awal daripada tarikh pernikahan yang sepatutnya berlangsung. Ummi berkata keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan adalah kerana ingin menghormati permintaan keluarga.

 

IKLAN

3. Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

#MHRECAP: 8 Perkahwinan Artis Paling Trending Sepanjang 2017

Hanya dengan sekali lafaz pelakon yang sering memegang watak hero, Sharnaaz Ahmad telah selamat bergelar suami kepada Noor Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa pada 31 Mac yang lalu. Sharnaaz telah menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan manakala mas kahwin pula sebanyak RM1000 namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

 

4. Nora Danish & Nedim

#MHRECAP: 8 Perkahwinan Artis Paling Trending Sepanjang 2017

Selepas tiga tahun menyulam cinta akhirnya pelakon cantik, Nora Danish telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Nedim Nazri. Pasangan ini telah disatukan pada sebuah majlis tertutup pada bulan Mac yang lalu.

 

IKLAN

5. Laudya Cynthia Bella & Engku Emran

#MHRECAP: 8 Perkahwinan Artis Paling Trending Sepanjang 2017

Setelah pelbagai spekulasi timbul tentang hubungan pasangan suami isteri ini, pelakon, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya mereka selamat bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada 8 September yang lalu. Emran telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 serta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

 

6. Mawar Rashid & Raf Yaakob

#MHRECAP: 8 Perkahwinan Artis Paling Trending Sepanjang 2017

Pelakon comel, Mawar Rashid telah selamat menjadi isteri kepada Raf Yaakob hanya dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka telah diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada bulan November yang lalu. Majlis yang bertemakan Jawa itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat rapat sahaja.

IKLAN

 

7. Izara Aishah & Adib Khalid

#MHRECAP: 8 Perkahwinan Artis Paling Trending Sepanjang 2017

Pada 17 November yang lalu, pelakon cantik Izara Aishah telah selamat dinikahkan dengan Adib Khalid. Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Mohd Jazlan Ali yang merupakan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor. Izara telah menerima mas kahwin sebanyak RM700 berserta lima dulang hantarn berbalas tujuh manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

 

8. Fattah Amin & Fazura

#MHRECAP: 8 Perkahwinan Artis Paling Trending Sepanjang 2017

Pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila status perhubungan mereka menjadi persoalan ramai dan pelbagai spekulasi timbul yang mendakwa mereka sudah bernikah sebelum berangkat ke tanah suci kerana ada desas desus yang mengatakan sebelum mereka berangkat terdapat sebuah majlis tertutup yang berlangsung di rumah nenek kepada Fazura. Namun segala persoalan terjawab apabila sebaik sahaja mereka pulang dari mengerjakan umrah, satu sidang media telah dilakukan dan mereka menjelaskan bahawa sudah bertunang sebelum ke tanah suci. Pada bulan November yang lalu Fattah dan Fazura sah bergelar suami dan isteri hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

 

Ramai lagi artis yang telah selamat mendirikan rumah tangga pada tahun ini. MH mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan mereka semua sentiasa diberkati dan bahagia hingga ke syurga.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI