Categories: Berita Luar Negara

#MHGlobal Wow! Kim K Siap Jumpa Presiden AS, Donald Trump Demi Wanita Bernama Alice Johnson Ini. Apa Motif?

Share

Episod terakhir rancangan realiti Keeping Up With The Kardashian musim ini menyaksikan Kim Kardashian bertungkus -lumus malah tanpa putus asa cuba bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Kisahnya, Kim berbuat demikian kerana seorang wanita bernama Alice Johnson yang dipenjarakan selama 21 tahun kerana atas jenayah dadah yang tidak membabitkan sebarang kekasaran.

“Enam bulan lalu, saya terbaca mengenai kisah Alice Marie Johnson. Pada mulanya saya hanya ‘retweet’ kisah tersebut dan kemudian semakin berminat dan mengambil tahu keseluruhan kes hingga terbitnya rasa tidak adil serta berharap dapat melakukan sesuatu mengenainya,” katanya.

Susulan itu, Kim memulakan cubaan pertamanya untuk membantu Alice dengan menghubungi anak Trump iaitu, Ivanka.

Nasibnya baik apabila Ivanka juga turut merasakan perkara yang sama dan memperkenalkan Kim kepada suaminya, Jared Kushner yang merupakan penasihat senior kepada Presiden.

Jalannya semakin mudah apabila dia diberikan masa untuk bertemu dengan Trump bagi membincangkan kes tersebut namun Kim dengan jujur mengatakan bahawa dia adalah penyokong Hillaty Clinton sebelum ini.

Bagaimanapun, memikirkan nasib wanita malang di dalam penjara, Kim gagahkan diri untuk bertemu dengan Trump namun perjumpaan mereka itu dibatalkan di saat akhir. Pihak mereka kemudian diminta untuk memberikan 1000 surat berkaitan dengan kes berkenaan.

Mujurlah Kim tidak patah semangat dan memberikan apa yang diminta seterusnya dapat menyusun kembali perjumpaan dengan Trump.

Ternyata pertemuan itu membuahkan hasil apabila Trump bersetuju untuk memberikan pengampunan kepada Alice.

Berita pelepasan Alice ada dilaporkan media sebelum ini di mana wanita itu menyatakan terima kasihnya kepada Kim kerana tanpa isteri Kanye West itu, dia masih lagi akan berada di dalam penjara.

Sumber: Enews!

Foto: Carian Google

IKLAN