![2](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/2-31.png)
Pasangan selebriti Bollywood, Ranveer Singh dan Deepika Padukone dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga pada 14 November.
Difahamkan, pasangan paling sensasi itu selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi sebuah majlis eksklusif dan tertutup di Lake Como, Italy.
Beberapa individu penting kedua-dua keluarga belah pihak sempat dirakam lensa paparazzi yang setia menantikan detik bersejarah pasangan ini. Malah, beberapa keping foto sesi tersebut juga sudah pun menjadi tular.
Dilaporkan juga, tetamu yang meraikan pernikahan mereka hanyalah sekitar 40 orang dan mereka turut dilarang untuk merakam gambar sekitar majlis.
Resepsi pertama mereka akan diadakan pada 21 November depan, khas buat keluarga sementara pada 28 November pula, majlis sama akan diadakan khusus bagi para penggiat seni Bollywood.
Terdahulu, mereka dikatakan mulai menjalin hubungan selepas terlibat di dalam filem Goliyon Ki Raasleela – Ram Leela. Selepas itu, keduanya kerap digandingkan bersama.
Antara filem hits mereka ialah Bajirao Mastani arahan Sanjay Leela-Bhansali.
Foto: Hindustantimes.com
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Temui Anak Tak Sedarkan Diri, Bintang Taiwan Alien Huang Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun Akibat…
![Bapa Temui Anak Tak Sedarkan Diri, Bintang Taiwan Alien Huang Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun Akibat…](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2020/09/707C9579-EBC2-496D-8118-55DCCAB218B7.jpeg)
Hos dan penyanyi Taiwan, Alien Huang dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat mengalami kemalangan selepas terjatuh rumahnya di Taipei, pada Rabu.
Memetik Taiwan’s state Central News Agency (CNA), bintang berusia 36 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri di apartment yang didiami mendiang di bandar Taipei, kira-kira pukul 11 pagi pada Rabu (waktu tempatan).
Difahamkan ketika ditemui, Huang berada dalam keadaan terbaring di bilik tidur, di laluan berdekatan bilik air dengan air yang masih terpasang.
Huang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas.
Tiada sebarang objek atau kesan mencurigakan di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, punca kematiannya masih disiasat dan proses autopsi mayat dijangka akan dilakukan pada Jumaat.
Untuk rekod, Huang memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 2006 lalu.
Mendiang sinonim menerusi program 100% Entertainment dan pernah mengeluarkan beberapa buah album selain pernah menganggotai beberapa kumpulan boy band.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Cantiknya’ Anak Lelaki Elizabeth Hurley. Penampilan Damien Hurley Jadi Tumpuan Kerana Wajah Seiras Ibu
![‘Cantiknya’ Anak Lelaki Elizabeth Hurley. Penampilan Damien Hurley Jadi Tumpuan Kerana Wajah Seiras Ibu](https://cdn.mediahiburan.my/2021/09/Untitled-design-426.png)
Sesiapa sahaja yang melihat Damian pasti menyangka yang dia seorang perempuan kerana raut kecantikan wajahnya laksana seorang supermodel. Namun percayalah dia seorang jejaka yang bertuah kerana mewarisi genetik ibunya yang merupakan seorang pelakon, model dan juga usahawan terkenal, Elizabeth Hurley.
Merupakan anak tunggal Elizabeth Hurley hasil perhubungan dengan jutawan, mendiang Steve Bing, Damian membesar bersama ibunya seumur hidup. Ini disebabkan dia merupakan anak yang dilahirkan luar nikah, dan ujian DNA terpaksa diambil bagi mengesahkan yang dia merupakan anak mendiang.
Pada pertengahan Julai tahun ini namanya telah dibuang dari senarai untuk menerima harta warisan keluarga sebelah bapanya oleh datuknya hanya kerana dia dilahirkan luar nikah dan mendakwa bahawa Damian tidak pernah dibesarkan dalam keluarga mereka mahupun bertemu dengan mendiang ayah kandungnya sendiri.
Akibat tindakan datuknya itu, dia terlepas untuk mewarisi harta keluarga untuknya yang bernilai lebih RM1 billion. Untuk pengetahuan pembaca, moyang Damian di sebelah bapanya merupakan seorang pemaju hartanah berjaya yang memulakan empayar di New York sekitar tahun 1920an lagi.
![‘Cantiknya’ Anak Lelaki Elizabeth Hurley. Penampilan Damien Hurley Jadi Tumpuan Kerana Wajah Seiras Ibu](https://cdn.mediahiburan.my/2021/09/IMG_6170-1024x783.jpg)
![‘Cantiknya’ Anak Lelaki Elizabeth Hurley. Penampilan Damien Hurley Jadi Tumpuan Kerana Wajah Seiras Ibu](https://cdn.mediahiburan.my/2021/09/IMG_6164-1024x1013.jpg)
Berusia 19 tahun kini, dia memulakan langkah di dalam dunia seni ketika berusia 14 tahun apabila dipilih untuk memegang watak sebagai Prince Hansel von Liechtenstein di dalam siri popular, The Royals, terbitan E!. Pada tahun 2018 dia bernaung di bawah agensi peragaan Tess Management dan bermula tahun 2020 telah direkrut untuk bernaung di bawah agensi peragaan terkenal dunia, IMG.
Tahun lalu dia telah menghiasi kempen produk kosmetik Pat MacGrath Labs bergandingan bersama supermodel, Irina Shayk. Dengan ketinggian 185cm, tidak mustahil dia bakal bergelar supermodel lelaki ulung pada masa akan datang.
Sumber gambar: Instagram Damian Hurley
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Bagi Tahun 2021
![Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Bagi Tahun 2021](https://cdn.mediahiburan.my/2021/12/Untitled-design-599-2.png)
Kecantikan yang dimiliki bukan sekadar cantik pada wajah, ia bergerak seiring dengan karisma dan juga impak yang diberikan kepada umum. Tahun ini menyaksikan ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban di angkat sebagai wanita paling cantik bagi tahun 2021.
Tahun lalu dari 100 nama yang disenaraikan dia berada dalam kedudukan kedua, menyaksikan peragawati dari Israel, Yael Shelbia berada di kedudukan pertama.
![Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Bagi Tahun 2021](https://cdn.mediahiburan.my/2021/12/IMG_8402-794x1024.jpg)
![Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Bagi Tahun 2021](https://cdn.mediahiburan.my/2021/12/IMG_8399-2-835x1024.jpg)
Menurut TC Candler, yang telah menerbitkan senarai itu sejak 1990, pengkritik bebas telah menyusun senarai “wakil kepada kecantikan ideal sejagat” dan ia berdasarkan pilihan mereka melihat pada ciri-ciri kesempurnaan estetik, keanggunan, keaslian, berani, semangat, ketenangan, kegembiraan, janji dan juga harapan.
Baru berusia 24 tahun, wanita yang berasal dari Thailand ini berjaya menawan dunia hiburan antarabangsa menerusi kariernya. Biarpun berada dalam kumpulan namun itu tidak sedikitpun menyebabkan auranya tertutup, bahkan apabila dia mengeluarkan album single solo ia terjual lebih 730 ribu keping pada minggu pertama.
![Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Bagi Tahun 2021](https://cdn.mediahiburan.my/2021/12/IMG_8403.jpg)
Selain itu, Lisa juga merupakan selebriti K-Pop pertama yang diangkat sebagai duta produk kecantikan terkenal di dunia, MAC.
Sementara itu, ahli kumpulan Blackpink yang lain iaitu Rosé, Jisoo, dan Jennie turut berada di dalam senarai, masing-masing berada di kedudukan ke-17, ke-26 dan ke-30.
![Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Bagi Tahun 2021](https://cdn.mediahiburan.my/2021/12/IMG_8404-830x1024.jpg)
Satu-satunya selebriti Malaysia yang berada dalam senarai Top 100 ini ialah Tabby atau nama sebenarnya Tabitha Ariel Lam yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Dolla. Merupakan pencalonan baharu, dia berada di kedudukan ke-77 senarai tersebut.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI