
Nampaknya tumpuan dunia telah pun beralih arah.
Antara selebriti paling berpengaruh dunia yang juga usahawan kosmetik, Kyler Jenner hilang rekod gara-gara sebiji telur.
Foto sebiji telur pemilik akaun Instagram World Record Egg mendapat lebih 37 juta likes dan sehingga kini diikuti 5 juta pengikut.
Foto sebiji telur dengan latar belakang berwarna putih itu kini menjadi gambar paling popular di laman web, lalu trending seluruh dunia.
Lebih menarik, foto telur ini mendapat lebih likes daripada pengumuman tergempar ketika Kyle Jenner ketika melahirkan anak.
Dalam sebuah video yang dimuat naik Kylie sehari lalu di Instagram, adik kepada Kendall Jenner dilihat telah melepaskan geram terhadap sebiji telur di atas jalan raya.
Kylie dilihat memecahkan telur dan terhibur dengan caption take that little egg.
Kredit foto : Instagram Kylie Jenner dan World Record Egg
Tiket Konsert Sudah Sold Out, Afgan Teruja Jayakan Konsert Dengan Orkestra Malaysia

Penyanyi popular, Afgan teruja apabila bakal menjayakan konsert bersama orkestra Malaysia buat kali pertama di negara ini, pada esok.
Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza berkata, dia memang mahu membuat persembahan istimewa bersama orkestra tempatan kali ini menerusi konsert Afgan Live In Concert With Orchestra di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur .
“Saya sudah beberapa kali menjayakan konsert di sini dan untuk edisi kali ini memang saya minta supaya ia membabitkan orkestra sebagai pemuzik saya.
“Lebih istimewa ini juga julung kalinya saya diiriingi pemuzik daripada Malaysia dan saya tidak sabar menjayakannya,” katanya dalam sesi bersama media di sini hari ini.
Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
“Saya memang kagum saat menjalani sesi latihan dengan mereka bila bertemu tadi, walaupun baru dapat nota muzik untuk konsert saya mereka sudah bisa memainkan dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Afgan dijangka membawakan 25 buah lagu termasuk lagu nyanyi penyanyi tempatan yang masih dirahsiakan.
Untuk edisi kali ini, dia juga bakal berduet dengan rakan senegaranya Raisa berjudul Percayalah di hadapan kira-kira 3,000 penonton yang dijangka hadir menonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon Sex & The City Sertai Mogok Lapar Di Hadapan White House, Tuntut Gencatan Senjata Di Gaza

Semakin hari semakin ramai personaliti terkenal Hollywood yang lantang bersuara mengenai isu yang berlaku di Gaza.
Terbaharu, pelakon utama siri dan filem Sex & The City, Cynthia Nixon telah menyertai satu demonstrasi mogok lapar yang diadakan oleh gabungan aktivis antara agama di hadapan White House bagi menggesa gencatan senjata di Gaza.
Apa yang menarik mengenai aktres ini, dia memperkenalkan dirinya sebagai ibu kepada kanak-kanak Yahudi yang datuk neneknya adalah mangsa Holocaust. Ini kerana dua anaknya berketurunan Yahudi di sebelah bekas suaminya.
Bercakap kepada orang ramai, Nixon menyatakan, “Israel telah membunuh lebih ramai orang awam di sebidang tanah yang kecil daripada yang terbunuh dalam 20 tahun perang di negara Afghanistan.”
BACA JUGA: Susan Sarandon & Melissa Barrera Hilang ‘Job’ Gara-Gara Pendirian Pro-Palestin
Dia juga menyatakan bahawa 1,200 orang Israel terbunuh dalam serangan Hamas dan menegaskan bahawa tidak satu pun daripada perkara tersebut adalah normal.
Selain memberi kesedaran dan menggesa gencatan senjata secara total dilakukan. Cynthia turut mengetuai aktivis yang lain membaca setiap nama dan umur rakyat Palestin yang terbunuh.
Simbolik pembacaan itu adalah untuk mengingatkan kepada masyarakat bahawa mangsa yang terkorban bukanlah sekadar nombor tetapi mereka adalah manusia yang memiliki jiwa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon Filem Air Terjun Pengantin Meninggal Dunia Setelah Jalani Pembedahan Sedut Lemak

Pelakon Indonesia, Nanie Darham dilaporkan meninggal dunia akibat proses pembedahan sedut lemak yang dilakukan di sebuah klinik kecantikan.
Melakukan pembedahan tersebut hanya selepas dua bulan melahirkan, dia meninggal dunia pada 21 Oktober 2023. Terkaitnya isu sedut lemak menjadi penyebab apabila keluarganya curiga dengan prosedur yang dijalani oleh allahyarhamah.
Menurut kakaknya, Indrie Darham, “Saya tidak tahu kalau ada penambahan proses pembedahan yang terjadi pada tarikh 21 hari bulan. Saya juga tidak tahu ada penambahan proses pembedahan dari dua jam ke lima jam.”
Tambahnya lagi, ““Itu yang saya sangat kesalkan, kenapa keluarga dibuat tidak tahu mereka ‘dalam gelap’ apabila insiden ini berlaku.”
Tidak berpuas hati dengan tindakan klinik kecantikan yang melakukan pembedahan walaupun tahu adiknya baru melahirkan, Indrie Darham telah berunding dengan doktor di hospital terkenal lantas mengetahui fakta yang mengejutkan.
Doktor berkata Allahyarhamah Nanie sepatutya menjalani pembedahan sedut lemak sekurang-kurangnya enam bulan selepas aktres itu melahirkan anak.

Peguam keluarga Nanie Darham, Hartono Tanuwidjaya berkata, sebelum melakukan tindakan ini, aktres itu tidak mendapat penjelasan terperinci berhubung pembedahan yang bakal dijalankannya.
“Dalam kes ini, mangsa tidak mendapat penjelasan terperinci mengenai prosedur yang membawa kepada operasi lima jam itu dan juga tiada maklumat kepada keluarga,” akhir Hartono saat ditemui wartawan tempatan.
Imbas kembali, Nanie Darham menceburi dunia lakonan di Indonesia sejak tahun 2007. Namun namanya mula dikenali saat berlakon filem Air Terjun Pengantin bersama dengan pelakon popular lain seperti Tamara Bleszynski dan Marcel Chandrawinata.
Nanie meninggalkan dua orang cahaya mata masing-masing berusia 3 tahun dan 2 bulan.
Sumber: (1)
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan