#MHBreakfirst:4 Update Hiburan Pedas & Panas Pagi Ini!

1. Kerana Drama Nur, Noorkhiriah Terima Pelbagai Makian!

Gara-gara mendalami dan meelakonkan watak dengan jayanya, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie mengakui dirinya menerima kecaman yang teruk di media sosial.

Semua ini kerana watak yang dipegangnya sebagai Aishah yang dikatakan membuatkan ramai geram dan sakit hati dengan sikapnya.

Melalui Harian Metro, Noorkhiriah memberitahu walaupun dirinya menerima pelbagai kecaman dari netizen tetapi dia menganggap tawaran yang diterimanya ini adalah salah satu rezeki dan secara tidak langsung ia merupakan sebahagian darinya berdakwah kepada orang ramai untuk tidak menilai seseorang dari luaran.

Tapi bagi MH bakat lakonan Noorkhiriah memang tidak dapat dipertikaikan lagi, dari dahulu kalau Noorkhiriah bawa watak jahat menjadi sahaja!

2. Deja Mos Tak Jadi Cerai, Tangguh Sehingga 11 Julai

Beberapa hari lepas industri telah dikejutkan dengan khabar angin kononnya rumah tangga penyanyi Deja Moss berada di ambang kemusahan dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Namun tengah hari semalam Deja Moss dan suaminya Azfendy Azzudin Ahmad telah di khabarkan terpaksa menangguh kes perceraian mereka atas beberapa sebab dan status rumahtangga mereka akan diketahu pada 11 Julai depan selepas jawatan kuasa pendamaian (JKP) Mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian mereka.

IKLAN

Sebelum ini Deja pernah mengeluarkan kenyataan, antara faktor utama yang menyebabkan mereka berdua bercerai bukanlah kerana zuriat tetapi kerana isu ‘curang’.

3. “Ramadan Disambut Seperti Biasa, Cuma Tiada Suami Di Sisi” – Intan Liana

Aduh tersentuh pula MH dengar penjelasan Intan Liana, bekas isteri Ude Wahid dan bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda.

Di kala Izreen semakin bahagia dan gembira menyambut Ramadan berasama suaminya, Intan pula kini pertama kali menyambut puasa tanpa suami di sisi.

Melalui Hijabista.com, Intan memberitahu jika dahulu dia perlu fikirkan apakah makanan buat suaminya, tetapi kali ini dia lebih fikirkan dirinya sendiri dan anak-anaknya.

Malah, Intan turut menjelaskan kali ini dia perlu berkerja lebih keras untuk menyara anak-anaknya yang masih kecil.

Sungguhpun begitu, Intan mengakui anak-anaknya masih berjumpa dengan Ude dan dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan anak-anak bersama bapa kandung mereka.

4. Fazura & Fattah Amin ‘Off Comment’ Sementara?

IKLAN

Sejak video aksi manja kedua pasangan suami isteri ini tersebar, ramai yang memberi pandangan kurang senang walaupun mereka berdua halal bersama.

Mungkin tidak mahu memanjangkan cerita dan engan melayan segala tomahan netizen, Fazura dan Fattah Amin dikatakan telah menutup ruangan komen di Instagram.

Malah baru-baru ini Fattah turut dikhabarkan telah memuat naik satu ‘kata-kata’ yang punyai maksud yang sungguh mendalam berkaitan dengan kata-kata orang sekeliling.

Dalam masa yang sama, Fazura juga ada berkongsi sebuah video tazkirah daripada Profesor Dr. Muhaya.

Jadi adakah benar mereka berdua menutup ruangan komen kerana kontroversi itu atau sebaliknya? atau adakah ia hanya sekadar kebetulan? Hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

“Malulah Kat Orang, Kenapa Nampak Gersang?” – Ini Respon Netizen Bila Video Terlebih Manja Fazura Tersebar!