“Malulah Kat Orang, Kenapa Nampak Gersang?” – Ini Respon Netizen Bila Video Terlebih Manja Fazura Tersebar!

Aduh, MH sendiri tak tahu nak katakan video ni terlalu sweet ataupun memalukan sebab MH memang sudah biasa lihat kemesraan kedua pasangan suami isteri ini.

Fauzra dan Fatah Amin memang terkenal dengan sikap manja mereka. Namun baru-baru ini, ada individu yang telah memuat naik video kemesraan mereka membuatkan orang ramai kurang selesa.

Tambah pula sekarang ini tengah bulan Ramadan, lagi membuatkan orang ramai kurang senang menonton video ini.

IKLAN

Video berdurasi 13 saat ini menunjukan Fazura memeluk erat suaminya Fattah sambil mencium pipi seperti terlalu rindukan suaminya di hadapan rakan-rakan yang tersipu malu melihat aksi manja mereka berdua.

Bagi pendapat MH, memang kurang manis bila selebriti seperti Fazura berkelakuan seperti ini, tetapi mungkin Fazura terlalu rindukan suaminya dan tidak tertanggung rindu. Atau mungkin ini cara mereka bergurau.

IKLAN

Apapun moga selepas ini Fazura lebih berhati-hati menunjuk kemesraan bersama Fattah, bukan apa kadang-kadang tak semua yang kita lakukan orang suka.