Bermacam-macam jenis dadah yang ada di dunia ini. Jika digunakan dengan cara yang betul dan mengikut arahan doktor ianya mampu merawat penyakit namun jika disalah gunakan maka binasalah badan.

Ramai yang telah terjebak dengan dadah di negara kita ini tidak kira golongan malah ada juga segelintir artis di negara kita yang pernah ditangkap polis akibat dadah.

 

1. Benjy

#MHBreakfirst: Beberapa Selebriti Malaysia Pernah Ditahan Kerana Dadah!

Pelakon, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim sering dikaitkan dengan kes dadah. Kini dia sedang menjalani hukuman penjara selama 11 tahun di Medan, Indonesia setelah didapati bersalah cuba menyeludup masuk dadah jenis kristal methamphetamine di dalam duburnya ketika berkunjung ke negara tersebut tahun lalu.

 

IKLAN

2. Aidil Aziz

#MHBreakfirst: Beberapa Selebriti Malaysia Pernah Ditahan Kerana Dadah!

Pernah berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 456 gram pada tahun 2016.

Namun begitu, pertuduhan ke atasnya telah ditarik balik. Keputusan itu dibacakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta tahun lalu selepas laporan siasatan penuh diperolehi daripada pihak berkuasa.

 

IKLAN

3. Nadzmi Adhwa

#MHBreakfirst: Beberapa Selebriti Malaysia Pernah Ditahan Kerana Dadah!

Pelakon ini ditahan polis pada November tahun lalu kira-kira jam 1.30 pagi di sebuah stesen minyak di ibu kota selepas hasil pemeriksaan menemui sebuah tin berisi daun ganja yang disembunyikan di tempat duduk bahagian pemandu kereta.

Walau bagaimanapun Nadzmi telah dibebaskan tidak sampai 24 jam ditahan. Menurut Nadzmi dia ditahan polis kerana terlalu mempercayai rakan baiknya yang sudah lama di dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja.

IKLAN

 

4. Farid Kamil

#MHBreakfirst: Beberapa Selebriti Malaysia Pernah Ditahan Kerana Dadah!

Semalam gempar dunia hiburan tanah air apabila pelakon lelaki popular yang baru sahaja mendapat gelaran Datuk iaitu Farid Kamil telah ditahan pihak polis kerana mengasari anggota polis dan orang awam di sebuah balai.

Hasil ujian air kencing dijalankan ke atas Farid dan keputusan ujian mendapati pelakon ini positif dadah jenis ganja.

Sumber: Berita Harian, Utara News, Mstar & Buletin Utama TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI