1. Hisyam Hamid Tertekan Sampai Tak Boleh Tidur Malam

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca!

Pelakon kacak yang berasal dari Singapura, Hisyam Hamid menerusi Astro Gempak berkata, dia berasa tertekan sehingga tidak boleh tidur malam.

Hal itu terjadi ketika di waktu minggu pertama penggambaran rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F yang bakal bersiaran pada bulan Mac nanti.

Menurut Hisyam, ini merupakan kali pertama dia menyandang peranan sebagai seorang pengacara namun katanya tekanan itu hanya dilalui pada minggu pertama sahaja dan minggu seterusnya dia semakin biasa beraksi di pentas.

 

2. Setelah 11 Tahun, Ruffedge Bakal Di Tubuhkan Semula?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca!

MH pasti ramai yang kenal dengan kumpulan Ruffedge, lebih-lebih lagi bagi mereka yang di usia remaja sekitar tahun 1998 hingga 2007.

IKLAN

Menurut penyanyi rap terkenal, Cat Farish berkata kepada satu sumber bahawa sebenarnya Amer yang merupakan salah seorang anggota Ruffedge yang memberikan idea untuk kumpulan Ruffedge bergabung semula selepas 11 tahun membuat haluan masing-masing.

Wah tak sabar MH nak tengok kumpulan Ruffedge buat come back!

 

3. Dazrin Akan Beri Kemewahan Pada Anak Pertama Yang Bakal Lahir April Nanti

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca!

IKLAN

Pelakon, Dazrin Kamarudin menerusi sumber Mstar Online berkata, dia akan membesarkan anak pertamanya yang bakal lahir pada bulan April depan dengan kemawahan.

Katanya, tidak salah untuk dia memanjakan dan memberi kemewahan kepada anaknya sehingga usianya setahun atau dua tahun kerana dirinya sendiri membesar dalam keluarga yang berada.

Menurutnya lagi, ibu dan bapanya telah mendidiknya untuk berusaha dan mendengar kata jika mahukan sesuatu. Oleh itu, Dazrin berkata dia akan menggunakan cara yang sama untuk mendidik anaknya.

IKLAN

 

4. Vokalis Putera Band Kemalangan, Patah Tulang Rusuk Kiri Dan Pendarahan Dalam Kepala

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca!

Menurut sumber Sinar Harian, Vokalis kepada kumpulan Putera Band, Haziq telah terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 9.00 pagi semalam dan mengakibatkan tulang rusuk kirinya patah serta terdapat pendarahan di dalam kepala.

Haziq yang menunggang motosikal telah melanggar sebuah lori yang sedang parking di tepi jalan.

Menurut ibu kepada Haziq, Linda Eva berkata anaknya kini sedang dirawat di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL)

MH doakan Haziq yang juga merupakan sepupu kepada Aiman Tino ini kembali pulih seperti sediakala.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI