1. Chefwan Tegur Nabil Di Instagram

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Hangat Diperkatakan Malam Tadi…

Seperti yang kita tahu, Gegar Vaganzar sememangnya cukup menghiburkan. Lagi pula apabila mereka menampilkan dua pengacara yang kelakar dan suka mengusik.

Namun walaupun ramai yang suka dengan usikan mereka, ada juga beberapa individu yang kurang selesa dengan cara nakal pengacara, Nabil Ahmad mengusik juri tetap yang bertugas terutamanya Datuk Ramli MS.

Antara yang kurang selesa adalah, Datuk Chef Wan. Melalui sebuah posting di Instagram, Chef wan meminta pengacara tersebut untuk belajar mengawal diri apabila salah seorang juri sedang memberi komen pada peserta.

Menurutnya, sikap spontan Nabil agak menjengkelkan dan mereka perlu berhenti dari mengulangi perkara tersebut lagi.

SELANJUTNYA: ‘They Both Should Stop That…’ – Chef Wan Tegur Sikap Nabil Ahmad

2. Fathia Jawab Isu Bermasalah

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Hangat Diperkatakan Malam Tadi…

Masih ingat dengan salah satu artikel yang MH mempersoalkan adakah Fathia bermasalah?

IKLAN

BACA:  Luah Perasaan Di Twitter, Fathia Ada Masalah Ke?

Melalui beberapa posting di Twitter, Fathia telah menjelaskan dia sebenarnya terasa seperti dipermainkan dengan isu tersebut.

Menurutnya, dia sudah memberitahu kelambatannya, namun salah seorang krew bertugas tetap merayu untuk dia hadirkan diri dan apabila hadir tidak sangka ada pihak yang tidak benarkannya keluar dari stage.

SELANJUTNYA: Isu Lambat, Fathia Latif Jelaskan Apa Yang Terjadi…

3. Netizen Puji Baju Persandingan Izara…

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Hangat Diperkatakan Malam Tadi…

IKLAN

Jika veil pernikahan Izara menjadi bahan bualan orang ramai, berbeza pula dengan pakaian pengantin untuk majlis persandingannya.

Dengan mengetengahkan konsep ala-ala royal princess, Izara kelihatan cukup angun dengan silver touch hasil rekaan Rizmanruzaini.

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri baju-baju ini.

4. Netizen Sukar Terima Majlis Resepsi Juliana Evans?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Hangat Diperkatakan Malam Tadi…

Seperti yang semua tahu baru-baru ini Juliana Evans ada mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan rakan terdekat di salah sebuah pantai yang terletak di Langkawi.

IKLAN

Bagi MH majlis tersebut telah berlangsung dengan cukup indah ala-ala beach weeding ala mat salleh.

Namun, ada segelintir pengikut yang langsung tidak bersetuju dan mempertikaikan mengapa pelakon tersebut melakukan majlis perkahwinan sebegitu.

Lebih teruk, ada yang terlajak kata hingga mengaitkan cara perkahwinan tersebut dengan adat serta agama.

Hmmm tak best lah macam tu kan? Tak baiklah!

Mungkin apa yang kita lihat melalui gambar-gambar yang dikongsikan itu tidak sama dengan apa yang kita fikirkan.

Bagi MH apapun Jue tetap nampak cantik dan terserlah kegembiraan di wajahnya.

Nah beberapa gambar perkahwinan Jue yang ada di Instagram.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI