1. Netizen Ambil Kesempatan Hentam Elyana?

#MHBreakFirst: 4 Update Hiburan yang ‘Haihhhhh’ Terjadi Semalam…

Melampau dan menjadi-jadi betul sikap sesetengah netizen yang tidak bertanggungjawab. Sudah lah tidak malu berkata buruk di khayalak ramai, malah mengaibkan orang dengan kata-kata yang sungguh memalukan.

Di sebalik kata-kata semangat dan simpati orang ramai terhadap penyanyi Elyana yang baru sahaja mengumumkan dirinya kini menghidapi kanser tahap ke-4, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk berkata buruk tentang penyanyi ini.

Jujur MH agak marah dengan tindakan sesetengah pihak yang langsung tidak sensitif dengan isu-isu sebegini tetapi MH cuba bersangka baik, mungkin mereka ini tiada cara lain untuk menasihati atau mungkin tidak tahu bagaimana menggunakan pendekatan yang betul.

SELANJUTNYA : ‘Masih Terkinja-kinja Bukan Nak Bertaubat’ – Netizen Tidak Menjaga Sensitiviti Elyana

2. Sering Bergambar Dengan Erra, Bella Di Beri Komen Negatif

#MHBreakFirst: 4 Update Hiburan yang ‘Haihhhhh’ Terjadi Semalam…

Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat Laudya Cynthia Bella atau lebih dikenali sebagai Bella, pelakon Indonesia dan isteri kepada Engku Emran sering muat naik gambar bersama Erra Fazira.

Seperti yang semua tahu Erra dan Emran pernah bersama suatu ketika dahulu dan dikurniakan cahaya mata bernama Engku Aleesya.

IKLAN

Selepas beberapa tahun berpisah akhirnya Emran telah bertemu dengan Bella dan akhirnya menamatkan zaman bujangnya.

Namun apa yang menjadi bualan netizen apabila melihat keakraban Bella bersama keluarga tersebut.

Bukan sahaja miliki hubungan yang sangat akrab dengan puteri tunggal mereka, tetapi Bella juga dikatakan mempunyai hubungan yang sangat rapat bersama Erra.

Seperti biasa, adalah ‘mulut-mulut jahat’ yang mula berkata mereka tidak selesa melihat gambar kemesraan Bella bersama Erra dan ini jawapan Bella…

SELANJUTNYA: Sering Bergambar Bersama Erra Fazira, Bella Beri Jawapan…

IKLAN

3. Isteri Alif Syukri Bersuara Tentang Lagu Abang Nak Tegur

#MHBreakFirst: 4 Update Hiburan yang ‘Haihhhhh’ Terjadi Semalam…

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan lagu single Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat yang kini mula menjadi siulan.

Walaupun ada juga yang melemparkan kritikan negatif kepada dua nama hebat dalam perniagaan kosmetik ini namun mereka tetap positif dalam menerima pelbagai kecaman.

Baru-baru ini, MH ternampak perkongsian isteri kepada Aliff, Nur Shahida mengenai lagu suaminya dan Sajat itu.

Shahida mengatakan pada awalnya dia tidak berapa suka apabila Aliff dan Sajat mahu menyanyi kerana dia penat dengan kecaman yang dilemparkan oleh netizen kepada suaminya itu namun setelah beberapa kali mengulangi lagu tersebut kini dirinya sendiri sudah mula menyukainya.

IKLAN

SELANJUTNYA: ‘Dorang Menyanyi, Bukan Nak Jadi Penyanyi Vokal Terbaik Pun’ – Isteri Datuk Aliff Syukri

4. Peminat Terkejut Teruk Terbaca Kapsyen Abby Di Instagram

#MHBreakFirst: 4 Update Hiburan yang ‘Haihhhhh’ Terjadi Semalam…

Berdegup laju jantung MH apabila terbaca kapsyen yang ditulis oleh pelakon dan penyanyi, Abby Abadi di Instagram yang mengatakan bahawa pemilik akaun tersebut sudah meninggal dunia.

Namun ini rupanya hanya peringatan serta contoh kepada pengikut dan peminatnya sahaja.Jika anda baca kapsyen yang ditulisnya sehingga habis Abby ada menulis…

“Apakah perasaan anda apabila status kematian diri anda ditulis seperti itu oleh waris dan adakah kita sudah bersedia untuk mati.”

Bukan sahaja MH, malah peminat dan pengikut Abby di Instagram juga turut merasakan perkara yang sama.

SELANJUTNYA: Peminat Terkejut Baca Status Abby Abadi Meninggal Dunia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI