1. Lan Solo Kongsi Nama Anak Keempat Di Instagram
Pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa isteri kepada penyanyi popular, Lan Solo telah selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka beberapa hari yang lalu.
Semalam menerusi akaun Instagram Lan, dia ada berkongsi dengan semua nama penuh anaknya di surat beranak.
Nur Amna Quxandra, inilah nama yang menjadi pilihan Lan dan isterinya. Wah sedap sungguh nama anak keempat Lan ini! Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapa.
2. Seorang Yang Memahami Dan Tenang, Indah Ruhaila Senang Bekerja Dengan Suami
Penyanyi cantik, Indah Ruhaila yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya beberapa bulan lalu berkata kepada satu sumber bahawa dia senang bekerja dengan suaminya yang merupakan pengurus bagi kerjaya seninya.
Menurut Indah, suaminya merupakan seorang yang sangat memahami dan tenang malah dia juga merupakan seorang yang jujur dalam memberikan komen terhadap kerjayanya.
Hal itu membuatkan Indah lebih selesa bekerja dengan suaminya dan kini segala urusan kerjayanya diuruskan oleh suami tercinta.
3. Peminat Teruja Lihat Majlis Sanding Niena Baharun Seperti Perkahwinan Diraja
Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis persandingan pelakon, Niena Baharun bersama suami tercinta di ibu negara.
Apa yang menarik perhatian peminat adalah tema majlis persandingan mereka terlihat seperti istiadat diraja dengan busana perkahwinan lengkap berwarna kuning diraja.
Jom MH kongsi sikit gambar persandingan Niena dan suami dengan korang.
4. Wany Hasrita Dalam Fasa Berkawan Dengan Bekas Vokalis Kumpulan Q-Face
Menurut satu sumber, penyanyi cantik, Wany Hasrita masih dalam fasa berkawan dengan bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat.
Wany berkata, dia telah mengenali Fairuz sejak tahun 2016 menerusi aplikasi Smule.
Katanya, mereka berdua pernah berduet lagu bertajuk 3 Malam dan video tersebut menjadi viral. Disebabkan video tersebut, Wany telah ditawarkan menjadi artis di bawah sayrikat rakaman Fantasia Music Cita (FMC).
Namun begitu, Wany menjelaskan bahawa dia dan Fairuz tiada sebarang hubungan rasmi sebaliknya hanya berkawan biasa sahaja.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI