1. ‘Fazura Made Me Become The Better Man I Am Today’ – Fattah Luah Rasa Hati Buat Isteri Tercinta

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Sebut sahaja ‘Fattzura’ pasti ramai yang kenal dengan pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura yang pernah menggemparkan industri seni dengan pelbagai spekulasi tentang hubungan mereka tahun lalu.

Sekarang ini segala tanda tanya tentang hubungan mereka semuanya sudah terjawab dan kini mereka sudah bergelar suami dan isteri yang boleh dikatakan begitu romantik sekali.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram Fattah, dia telah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dapat memperisterikan Fazura yang telah banyak mengubah hidupnya kini.

 

2. Altimet Perli Malique Dalam Lagu ‘Mambang’?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Kecoh di media sosial mengatakan penyanyi rap, Altimet memerli salah seorang penyanyi rap senior, Malique dalam lagu terbarunya bertajuk Mambang.

IKLAN

Namun begitu menerusi sumber Mstar Online, Altimet telah menafikan dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Katanya, lagu tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa tetapi lirik lagu tersebut adalah mengenai dirinya yang dahulu dan dirinya yang sekarang.

 

3. Elton John Tinggalkan Pentas Kerana Peminat Biadap

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

IKLAN

Penyanyi popular antarabangsa, Elton John baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang peminat yang dikatakan biadap ketika penyanyi ini sedang membuat persembahan.

Menurut Elton, peminat tersebut telah meletakkan tangan di atas piano dan apabila disuruh untuk mengalihkan tangan, peminat tersebut tetap berdegil.

Katanya lagi, peminat tersebut sangat biadap, mengganggu dan tidak menghormati persembahannya lalu dia terus meninggalkan pentas sehingga individu tersebut di keluarkan dari pentasnya.

IKLAN

 

4. Doktor Masih Pantau Suhu Demam Wany Hasrita

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Kelmarin kita dikejutkan dengan berita penyanyi popular, Wany Hasrita yang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Influenza B.

Menerusi sumber Harian Metro, ibu Wany, Norita Jaafar memberitahu perkembangan terkini Wany ketika ini bahawa demamnya sudah kurang dan sudah mula ada selera untuk makan.

Namun begitu doktor masih lagi memantau suhu demam yang dialami oleh Wany kerana masih belum stabil sepenuhnya.

Tambah Norita lagi, doktor masih memantau kerana bimbang demam itu menyerang lagi kerana Influenza B ini agak bahaya.

Dalam pada itu ibu Wany juga memohon agar peminat mendokana kesihatan Wany untuk beransur pulih seperti sediakala.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI