1. Anak Sam Dan Syatilla Bakal Keluarkan Baju Melayu ‘Mat Yip’ Sempena Aidilfitri

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Tak Perasan!

Wah walaupun Aidilfitri masih jauh lagi namun anak kepada pasangan pelakon popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy akan mengeluarkan koleksi baju Melayu ‘Mat Yip’ sempena Aidilfitri.

Syatilla menerusi satu sumber berkata rancangan untuk mengeluarkan baju Melayu ini masih di peringkat awal.

Tak sabar MH nak tengok Syeriv pakai baju Melayu mesti bertambah comel!

 

2. Yana Samsudin Dan Suami Usaha Tambah Cahaya Mata Namun Masih Belum Ada Rezeki

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Tak Perasan!

Pelakon cantik, Yana Samsudin menerusi satu sumber berkata dia dan suaminya kini sedang berusaha untuk menambah cahaya matanya namun masih belum ada rezeki.

IKLAN

Kata Yana, dia dan suaminya tidak pernah membuat perancangan keluarga dan kalau boleh dia mahukan anak yang ramai dan sebuah keluarga yang besar.

Malah katanya lagi faktor usia juga memainkan peranan penting untuk hamil jadi disebabkan itu dia tidak mahu menunggu masa lama untuk menimang cahaya mata lagi.

 

3. Caprice Buat Video Tentang ‘P.A’ Aliff Syukri Buat Netizen Terhibur

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Tak Perasan!

IKLAN

MH pasti bila sebut sahaja nama Caprice semua orang sudah kenal dengan dirinya yang sering berkongsi pendapatnya tentang isu semasa menerusi video di akaun Instagramnya.

Baru-baru ini Caprice ada memuat naik satu video tentang PA kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri yang dikenali dengan nama Kak Mel.

Dalam video tersebut Caprice memberikan pendapatnya tentang Kak Mel yang sentiasa ada di belakang Aliff dan mempertahankan majikannya setiap kali dikritik oleh netizen.

“She’s the type of person that will back you up no matter what. If Datuk Aliff Syukri one day terlanggar dinding, she’s the type of person that will blame the dinding ‘eh kau pehal doh tak nampak ke datuk tengah jalan’,” antara kata-kata Caprice dalam video tersebut.

Jom MH kongsikan dengan korang video tersebut.

IKLAN

 

4. Sudah Lama Tidak Berlakon, Eina Azman Akui Kekok Kembali Beraksi

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Mungkin Korang Tak Perasan!

Dah lama MH tak tengok lakonan daripada pelakon cantik, Datin Eina Azman di kaca TV dan tidak lama lagi Eina bakal kembali beraksi dan dunia lakonan semula menerusi sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

Menurut satu sumber, Eina mengaku kekok untuk kembali beraksi di depan kamera selepas lama berehat.

Namun dia bersyukur kerana pihak produksi banyak membantu dirinya untuk berasa lebih selesa berdepan dengan kamera.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI