#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam!

1. Nora Danish Bakal Bersalin Minggu ini?

Suami kepada pelakon popular, Nora Danish iaitu Nedim Nazri baru-baru ini telah berkongsi di akaun Instagramnya bahawa isterinya bakal bersalin minggu ini.

 

2. ‘Saat Kau Merasa Sedih, Saat Itu Allah Sedang Memelukmu’ – Elfira Loy Kongsi Luahan Hati

Pasti ramai yang sudah maklum dengan berita putus tunang di antara pelakon, Elfira Loy dan penyanyi, Sufian Suhaimi baru-baru ini.

Semalam menerusi akaun Instagram milik Elfira dia telah meluahkan rasa hatinya di ruang kapsyen salah satu postingnya.

IKLAN

Rata-rata peminat dan pengikutnya memberikan kata-kata semangat pada artis kesayangannya ini untuk terus kuat menghadapi ujian.

 

3. Selepas Lapan Tahun, Yoo Jae Suk Umum Isteri Hamil Anak Kedua

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti Korea yang popular dalam rancangan Running Man, Yoo Jae Suk.

Menerusi satu sumber, Jae Suk telah mengumumkan berita gembira bahawa isterinya kini hamil anak kedua selepas lapan tahun menanti saat itu.

Tambahnya lagi, dia sangat gembira dan tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata keduanya ini.

IKLAN

 

4. ‘Makcik Bawang Tu Apa Sebenarnya?’ – Nabila Huda

‘Makcik Bawang’ merupakan perkataan yang sering kita dengar sekarang ini lebih-lebih lagi di media sosial.

Menerusi akaun Twitter pelakon popular, Nabila Huda, dia telah menarik perhatian ramai apabila dia bertanyakan apa maksud ‘Makcik Bawang’ yang sebenarnya.

Nampaknya ramai yang memberikan jawapan di ruang komen dan pelbagai jenis tafsiran tentang ‘Makcik Bawang’ diberikan oleh pengikutnya.