1. Azizul Hasni Awang Mahu Shaheizy Sam Lakonkan Watak The Pocket Rocketman

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam!

Untuk pengetahuan semua, tidak lama lagi perjalanan dan pahit getir seorang atlet negara dalam sukan keirin yang sangat popular dengan nama gelaran, The Pocket Rocketman, Azizul bakal diadaptasikan menjadi sebuah filem berkonsep biografi.

Menurut Azizulhasni Awang kepada satu sumber, dia mahu pelakon popular, Shaheizy Sam untuk melakonkan watak sebagai The Pocket Rocketman.

 

2. G-Dragon Bakal Jalani Latihan Ketenteraan Pada 27 Februari Ini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam!

Syarikat pengurusan kepada ketua kumpulan Bigbang, G-Dragon (GD), YG Entertainment (YGE) telah mengeluarkan kenyataan bahawa GD bakal menjalani latihan ketenteraan pada 27 Februari ini.

IKLAN

Tambah pihak pengurusannya lagi, GD telah mengambil keputusan untuk memasuki latihan ketenteraan secara privasi dan tidak mahu membuat sebarang majlis.

 

3. ‘Saya Hilang Abang Dan Sahabat Baik’ – Fauziah Ahmad Daud

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam!

MH pastu semua sudah sedia maklum bahawa semalam kita telah kehilangan seorang lagi bintang seni negara, Azmil Mustapha yang telah pegi buat selama-lamanya menghadap penciptaNya.

IKLAN

Antara rakan yang turut bersedih dengan pemergian arwah adalah pelakon hebat, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan nama Ogy.

Ogy memberitahu kepada satu sumber, pemergian arwah telah meninggalkan kesan yang dalam pada dirinya dan dia juga telah kehilangan seorang abang dan sahabat baik selepas arwah Azmil meninggal dunia.

 

IKLAN

4. Nadiyah Shahab Akui Terima Ugutan Kerana Berlakon Watak Jahat

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam!

Pelakon yang sebelum ini pernah viral kerana memiliki kecantikan seperti anak patung, Nadiyah Shahab berkata kepada satu sumber bahawa dirinya menerima beberapa ugutan berhubung wayak jahat yang dilakonkannya dalam drama Lafakan Kalimah Cintamu.

Menurut satu sumber, Nadiyah berkata ada individu yang mahu menghantae santau kepadanya dan dia berkata, dia sememangnya takut dengan hal-hal seperti ini.

Katanya lagi, dia tidak faham mengapa ada sesetengah individu yang terlalu mengambil serius terhadap lakonannya sedangkan watak tersebut hanya sekadar lakonan sahaja.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI