1. Ruhainies Beli Kereta Dan Rumah Hasil 4 Tahun Kerja Keras Sebagai Pelakon

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Pelakon comel, Ruhainies menerusi Mstar Online berkata dia bangga kerana pada awal tahun ini dua impiannya telah tercapai selepas empat tahun bekerja keras sebagai pelakon.

Dia bersyukur kini dia sudah mampu membeli rumah dan kereta sendiri berkat daripada usaha kerasnya.

Katanya rumah dan kereta yang dibelinya bukan untuk kegunaanya sahaja malah untuk keluarga juga dan pelakon ini juga ingin ibu bapanya menetap bersamanya.

 

2. ‘Dulu Orang Kata Dia Kayu, Tapi Sekarang Kayu Itu Dah Lembut’ – Rosyam Nor Puji Lakonan Fattah Amin

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

IKLAN

Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor memuji lakonan pelakon popular, Fattah Amin di malam gala KL Special Force baru-baru ini.

Menurut Rosyam, setiap pelakon itu ada permulaan mereka dan dia mengakui lakonannya dulu lebih teruk daripada Fattah ketika mula-mula bergiat dalam industri seni.

“Apa yang orang cakap pasal dia dulu, saya rasa dulu saya lagi teruk.

 

“Bila saya bekerja dengan Fattah, saya nampak dia cukup komited. Fattah tahu di sampingnya ada orang yang terbaik dan bersungguh bekerja.

 

“Saya nampak dia ada masa depan. Dulu orang kata dia kayu, tapi sekarang kayu itu sudah lembut,” katanya.

 

3. Wow Elfira Loy Jumpa Paris Hilton!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

IKLAN

Siapa yang tak kenal dengan Paris Hilton, bintang Hollywood yang sangat popular di mata dunia.

Menerusi akaun Instagram pelakon comel, Elfira Loy dia berkongsi gambar selfie bersama Paris Hilton. Wah bertuahnya Elfira dapat jumpa dan bergambar dengan Paris Hilton!

Menurut Elfira, Paris Hilton merupakan seorang yang sangat baik dan tidak sombong. Ok lah jom MH kongsi dengan korang gambar Elfira bersama selebriti antarabangsa itu.

IKLAN

 

4. ‘Oh Abang Kosmetik’ Mahu Bantu Intan Liana

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Selepas kecoh hal rumah tangga pemain muzik, Ude Wahid memfailkan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan Liana minggu lalu, nampaknya ramai yang memberikan perhatian kepada Intan kerana simpati terhadap dirinya.

Pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi gambar bersama Intan dan di ruang kapsyen dia meminta Intan untuk bersabar dengan ujian yang dihadapi dan berkata dengan izin ALLAH SWT, Oh Abang Kosmetik akan membantu Intan supaya lebih yakin melalui kehidupan di masa akan datang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI