1. Opick Tidak Hadir Ke Mahkamah Berhubung Kes Cerai, Isteri Luah Rasa Kecewa

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini Untuk Korang Baca!

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa rumah tangga penyanyi lagu ketuhanan daripada negara jiran, Indonesia iaitu Opick kini bergolak dan isteri pertamanya, Dian Rosita Ningrum telah memfailkan penceraian selepas mengetahui suaminya berkahwin secara senyap-senyap.

Terbaru menurut laporan daripada Liputan6.com, Dian berkata Opick tidak hadir ke mahkamah dan telah menunda kes cerainya sebanyak empat kali.

“Opick telah berjanji untuk menghadirkan diri berhubung kes cerai diantara kami pada hari ini.

 

“Namun, dia gagal menghadirkan diri dengan alasan kini sedang sibuk dan berada diluar kawasan.

 

“Perkara itu membuatkan saya kecewa kerana perbuatannya itu seolah-oleh ingin menangguhkan kes yang sedang berlangsung ini,” katanya.

 

2. Zara Zya Mohon Peminat Doa Hubungannya Dengan Hafreez Adam Berkekalan

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini Untuk Korang Baca!

Pelakon cantik, Zara Zya menerusi sumber Sinar Harian berkata, dia memohon peminat mendoakan hubungannya dengan pelakon, Hafreez Adam berkekalan.

IKLAN

Katanya lagi, perbezaan umur antara dirinya dan Hafreez tidak menjadi penghalang untuk terus menjalin hubungan cinta bersama kekasih hatinya itu.

Tambah Zara lagi, dia menyifatkan Hafreez sebagai seorang yang matang.

“Saya tak kisah pun pasal ini. Lagipun, jarak usia hanyalah enam tahun.

 

“Kita juga tak pernah berbincang pasal ini. Saya rasa tak ada masalah kerana dia sangat matang.

 

“Doakan agar hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan,” katanya.

 

3. Bawak Watak Bisu Dan Pekak, Ayda Jebat Bersyukur Lakonannya Dipuji Peminat

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini Untuk Korang Baca!

IKLAN

Menerusi telemovie Aku Nazmi, pelakon popular, Ayda Jebat telah menarik perhatian ramai apabila berjaya membawakan watak sebagai seorang bisu dan pekak.

Tak dapat dinafikan, walaupun tanpa sebarang perkataan yang keluar dari mulutnya namun watak yang dilakonkan oleh pelakon ini berjaya memberikan penonton merasai setiap penghayatan dalam lakonannya.

Menerusi sumber Harian Metro, Ayd telah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dia tidak menyangka lakonannya ini mendapat sambutan daripada penonton.

IKLAN

“Alhamdulilah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka sambutannya begini hebat hingga menjadi ‘trending’ di Twitter. Malah, saya turut menerima mesej daripada peminat, rakan-rakan, pengarah dan kru produksi yang mengucapkan tahniah kerana berjaya membawakan watak yang susah ini,” katanya kepada Harian Metro.

 

4. Fattah Amin Sudah Mula Sombong Dengan Peminat?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini Untuk Korang Baca!

Nama pelakon popular, Fattah Amin kini semakin dikenali ramai dalam industri seni tanah air.

Terbaru menurut laporan daripada Berita Harian menerusi ruangan Raja Mawar, ada peminat yang mendakwa Fattah berkelakuan sombong dan tidak melayan peminatnya yang ingin bergambar dengannya.

Menurut sumber, peminatnya yang sedang makan di kafe milik Fattah terlihat pelakon itu muncul di kafe tersebut lalu dia menegur Fattah untuk bergambar namun sapaannya tidak dilayan.

“Secara kebetulan, Fattah muncul di kafenya. Ketika itu, Fattah baru balik dari gimnasium berdekatan. Tentulah teruja apabila melihat kelibat Fattah. Kalau boleh nak sangat bergambar sekeping dua dengan aktor pujaan ramai itu.

 

“Bagaimanapun, keterujaan masing-masing bagai direntap apabila Fattah tidak melayan sapaan mereka. Lebih membuatkan mereka kecil hati apabila Fattah difahamkan terus angkat kaki. Jika sibuk atau terburu-buru takkan seminit pun tidak boleh diluangkan waktu untuk peminat?

 

“Khabarnya, pandangan mereka terhadap Fattah sudah berubah. Mereka fikir Fattah sombong dan berlagak orangnya,” katanya di ruangan Raja Mawar, Berita Harian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI