1. ‘Single is Awesome’ – Fasha Sandha

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon cantik, Fasha Sandha menerusi laporan daripada Astro Gempak menyatakan dia kini berada dalam fasa bahagia.

“Alhamdulillah, segalanya baik untuk saya dan anak-anak. Saya mengakui kini saya berada dalam fasa bahagia kerana ‘single is awesome’.

 

“Rezeki dalam bidang lakonan juga tidak putus-putus. Perniagaan yang saya usahakan, Chinta Saloon juga telah memasuki tahun ketujuh,” katanya kepada Astro Gempak.

Katanya lagi, dia bahagia di samping keluarga tercinta dan anak-anak tersayang malah dirinya juga sibuk dengan kerjaya lakonannya serta mengekalkan momentum di dalam bidang perniagaannya.

 

2. ‘Dapat Medal Tapi Menipu’ – Rashidi Ishak Tak Faham Orang Yang Menipu Dalam Larian Marathon

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon, Rashidi Ishak menerusi akaun Instagramnya berkongsi kepada orang ramai bahawa dia telah menamatkan larian marathon yang disertai selama tujuh jam satu minit.

Namun begitu, pelakon ini tertanya-tanya mengapa ada segelintir peserta yang menipu berlari hingga ke garisan penamat sedangkan mereka tidak berlari sepenuhnya.

IKLAN

“Saje je nak kongsi. Saya tamatkan larian marathon penuh saya 7 jam 1 min. Saya tak faham kenapa ada yang menipu lari di garisan penamat tetapi tak lari sepenuhnya dengan catatan masa yang gempak. Kenapa ye?

 

“Sama jugak semasa saya menduduki exam ijazah dan sekolah, ada dikalangan rakan saya yang menipu di dalam exam. Kenapa ye?

 

“Dapat medal tapi menipu, dapat A tapi menipu. Saya lagi hormat mereka yang gigih berlari, berpeluh, cramp muscle tapi tak berjaya habiskan larian.

 

“Mereka ini lebih mulia dari kau yang dapat medal menipu atau kau yang menerima ijazah dengan menipu. Kelakar lah bai. Dah tak boleh buat berhenti sahaja, cuba lagi tahun depan. Yang itu saya sangat respect!!!,” tulisnya di ruang kapsyen.

 

3. ‘Kakak Awak Dah Sarat Sangat Dah’ – Sari Yanti Jelaskan Sebab Tidak Dapat Hadir Ke AME 2018

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Malam Anugerah Meletop Era 2018 pada hari Ahad yang lalu telah menobatkan pasangan suami isteri Jep Sepahtu dan Sari Yanti sebagai pemenang bagi kategori Couple Meletop.

IKLAN

Namun begitu, pasangan ini tidak hadir di majlis tersebut dan menerusi akaun Instagram Sari, dia telah menjelaskan sebab dia dan suaminya tidak dapat hadir ke anugerah itu.

Dalam pada itu, Sari juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi dirinya dan Jep sehingga terpilih sebagai pemenang.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

IKLAN

“Subahanallah.. alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang undi abang dan kakak awak ❤ – .

 

“Kakak awak dah sarat sangat dah. Tahap kesihatan tak membenarkan kakak hadir. Thank you Meletop . Abang awak pulak baru sampai dari Penang malam ni . .

 

“But we are so happy ❤ thank you again untuk awak semua yang mengundi dan #AME2018,” tulis Sari di ruang kapsyen perkongsiannya.

 

4. Arif Jiwa Hampir Tewaskan Khai Bahar Untuk Anugerah Top Top Meletop di AME 2018

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Asyraf Khalid yang merupakan suami kepada pelakon cantik daripada negara jiran, Tya Ariffin dan juga bapa kepada pemenang anugerah Si Cilik Meletop, Arif Jiwa di Anugerah Meletop Era 2018, menerusi akaun Instagramnya berkongsi kepada semua bahawa dia mendapat berita dari pihak Meletop yang anaknya telah mendapat undian kedua tertinggi selepas Khai Bahar.

Katanya lagi, Arif hampir mendapat Anugerah Top Top Meletop dan menjadi penerima anugerah yang paling muda bagi kategori tersebut.

Anak tiri kepada penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong anaknya dan dia juga menyatakan bahawa dia sekeluarga begitu gembira diberi peluang untuk menyertai Meletop.

“Congratulations mommy @tyaarifinnw & @arifjiwaasyraf ! I just found out from people from meletop, Arif is 2nd Highest after Khai Bahar, so he was so close to winning Top Top Meletop! He could’ve been the youngest ever winner to get that award!

 

“Anyways, thank you to everyone who has been supporting Arif. As a family, it gives a great pleasure to join @meletop and do our best to win. What i hope to achieve from this is, my son, Arif learns that, whatever we do, we must do our best!,” tulisnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI