1. Ibu Syafiq Kyle Tak Memilih Siapa Yang Bakal Jadi Isteri Anaknya

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Ibu kepada pelakon kacak, Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman memberitahu kepada sumber Mstar Online, dia tidak menetapkan sasaran waktu untuk anaknya berkahwin dan tidak memilih siapa yang bakal menjadi isteri kepada anaknya ini.

Katanya lagi, jika tidak mahu memilih calon dan memaksa anaknya untuk berkahwin kerana risau akan menimbulkan masalah suatu hari nanti.

Baginya, jika Syafiq ingin berkahwin biarlah Syafiq sendiri yang menentukan siapa bakal isterinya.

2. Selagi Ada Rezeki Amir Raja Lawak Akan Terus Berniaga

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelawak yang popular dengan tagline ‘I’m Sorry’, Amir Raja Lawak menerusi sumber Sinar Harian berkata, selagi ada rezeki dia akan terus berniaga.

IKLAN

Walaupun Amir pernah gagal dalam berniaga sebelum ini namun itu tidak mematahkan semangatnya.
Katanya, dia perlu berfikir ke hadapan kerana dia sudah mempunyai keluarga dan kini pelawak ini mengusahakan perniagaan air jagung sejak setahun yang lalu.

Menurut Amir, pada mulanya dia hanya menjual secara suka-suka namun tidak menyangka dia mendapat permintaan yang sangat tinggi.

 

3. Farouk Hussain Mohon Peminat Doakan Kesihatan Hail Amir Kembali Pulih

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

IKLAN

Penyanyi popular pada era 1970-an, Hail Amir telah dimasukkan ke hospital pada 4 Mac lalu selepas mengadu sakit dada dan dua hari kemudiannya dia dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Pelakon dna pengacara, Farouk Hussain menerusi akaun Instagramnya telah memohon peminat untuk mendoakan kesihatan Hail Amir kembali pulih seperti sediakala.

IKLAN

 

4. Hati Naim Daniel Tersentuh Nyanyi Lagu Sufian Suhaimi

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon, Naim Daniel sememangnya popular di Instagram kerana sering membuat cover lagu dan baru-baru ini, Naim juga turut membuat cover lagu Di Matamu daripada Sufian Suhaimi.

Menerusi sumber BH Online, Naim berkata Sufian merupakan seorang penyanyi yang berbakat dan tidak perlu berlebih-lebih dalam menghasilkan karyanya tetapi cukup dengan keikhlasan hatinya.

Katanya lagi, lirik lagu Sufian ini berjaya membuat semua orang menjiwai seni kata lagu tersebut dan dia sendiri tersentuh hati ketika menyanyikan lagu tersebut.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI