1. ‘Are U Muslim?, Nope I’m Malaysian’ – Soo Wincci

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon dan penyanyi popular, Dr. Soo Wincci baru-baru ini ada berkongsi di akaun Instagramnya bahawa dia sudah mula berpuasa di Sepanyol sekarang ini kerana ingin membiasakan dirinya untuk berpuasa dalam tempoh masa yang panjang di sana.

“Selamat berbuka dari Spain, Wincci Kena mula puasa beberapa hari lebih awal kat Spain supaya badan Wincci dapat menyesuaikan diri dengan jadual waktu puasa yg panjang kat Spain =) #fasting,” tulisnya.

Menurut perkongsiannya yang paling terkini pula, ada netizen yang bertanya kepada dirinya adakah dia seorang muslim namun begitu jawapannya kepada soalan itu adalah, tidak tetapi dia menyatakan bahawa dia adalah rakyat Malaysia.

“Saya Anak Malaysia tanpa kira kaum, bangsa Dan agama =) #Malaysia
#Malaysian
#ramadan2018,” tulisnya.

Bagi MH, tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bukan beragama Islam untuk berpuasa di bulan Ramadan. Malah tahun ini menurut Soo Wincci merupakan tahun ketujuh dia berpuasa.

 

IKLAN

2. Fathia Latiff Mohon Netizen Sabar, Redha Dan Hormat Dengan Keputusan Tun M Jadi Perdana Menteri Baru

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon popular, Fathia Latiff sememangnya dari dahulu lagi sering menunjukkan sokongannya terhadap Perdana Menteri ketujuh negara kita, Tun Dr Mahathir secara terang-terangan.

Terbaru menerusi akaun Instagramnya, Fathia memohon agar para netizen bersabar, redha dan juga menghormati keputusan atas perlantikan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri yang baru.

IKLAN

“Assalamualaikum. Setelah Tun Mahathir telah ditabalkan menjadi Perdana Menteri yang baru, Kite perlu bersabar, redha dan menghormati keputusan. Kite tak perlu menunjukkan rasa kebencian sesama sendiri dan Menghormati Beliau sebagai orang yang lebih Tua dari kita dan menyayangi beliau. Kita juga perlu memaafkan beliau jika merasai Beliau ada berbuat salah pada kita atau negara. Kita harus ingat, kita hidup untuk mati dan seharusnya kita memberi peluang pada beliau disaat- saat bergini. Terapkan rasa kasih sayang seikhlas hati. Saya percaya bukan status yang beliau cari tetapi untuk melihat Malaysia dalam keadaan yang lebih baik dan harmoni so let’s #spreadthelove not hate. Everyhing comes from God so just be calm,” tulisnya.

 

3. Zainal Abidin Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Semalam menerusi akaun Instagram milik penyanyi popular Datuk Zainal Abidin, dia ada berkongsi satu video yang merakamkan dirinya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.

IKLAN

Namun begitu di ruang kapsyen, Zainal menyatakan bahawa dirinya dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Alhamdullilah I am ok Thanks #Repost @angelzainal with @get_repost
・・・
Accident at NKVE Highway our Range Rover,” tulisnya.

 

4. Zahirah MacWilson Harap Persahabatannya Dengan Fazura Tidak Disalah Erti

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon popular, Zahirah MacWilson berharap agar persahabatannya dengan pelakon cantik dan popular, Nur Fazura dtidak disalah ertika oleh sesiapa.

Menurut laporan BH Online, Zahirah berkata dia dan Fazura telah bersahabat sejak dua tahun yang lalu selepas mereka terbabit dalam sebuah penggambaran komersial.

“Kami kenal sudah lama, sejak dua tahun lalu ketika kami sama-sama terbabit dalam penggambaran komersial. Sejak itu, kami berdua menjadi rapat, tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui.

 

“Jangan salah anggap persahabatan kami kerana mahu berkomplot atau mempunyai maksud lain. Itu tidak benar sama sekali. Kami ikhlas ketika berkawan dan rasanya tiada apa yang perlu dipertikaikan,” katanya kepada BH Online.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI