1. Deepika Padukone Bakal Kahwin Hujung Tahun Selepas Didesak Keluarga

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon popular Bollywood, Deepika Padukone bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya hujung tahun ini.

Deepika telah bersetuju untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Ranveer Singh selepas hubungan mereka direstui oleh keluarga masing-masing.

Menurut sumber daripada Times of India, pelakon ini telah didesak untuk berkahwin oleh keluarganya memandangkan dia dan Ranveer sudah lama menjalin hubungan cinta.

Aktres cantik ini bakal mengadakan majlis yang sederhana dan kini sedang sibuk menguruskan hal perkahwinan mereka.

 

IKLAN

2. Nam Ron Dedah Nama Kena ‘Reject’ Oleh Stesen TV Popular

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon senior, Nam Ron yang menerusi akaun Twitternya telah mendedahkan pihak produksi memberitahu bahawa namanya telah ditolak oleh stesen TV popular untuk sebuah telemovie raya.

Menurutnya lagi, bukan sahaja namanya yang ditolak oleh stesen TV tersebut malah pelakon, Amerul Affendi juga turut menerima nasib yang sama.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

IKLAN

 

3. Dikatakan Kahwin Lagi, Ustaz Don Nafi Dan Luah Rasa Terkejut

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Penceramah selebriti, Ustaz Don menafikan dakwaan yang mengatakan dia berkahwin lagi dan turut terkejut dengan berita yang tersebar. 

Menurut sumber Sinar Harian, Ustaz Don berkata dia tidak tahu menahu tentang dakwaan yang mengatakan dia berkahwin lagi dan menjelaskan bahawa berita tersebut adalah tidak benar.

IKLAN

“Kalau betul saya kahwin lagi, saya takkan sorok kerana perkahwinan adalah perkara yang baik,” katanya kepada Sinar Harian.

 

4. Ruffedge Bakal Adakan Konsert 4 Ogos Nanti!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pasti ramai yang gembira selepas mengetahui kumpulan Ruffedge bakal mengadakan konsert ulangtahun ke-20 pada 4 Ogos akan datang.

Menurut laporan BH Online, salah seorang daripada ahli kumpulan ini iaitu Syed Hussein Syed Mustafa atau lebih dikenali dengan nama Sein berkata, konsert yang bakal diadakan ini merupakan hadiah buat semua peminat yang sentiasa mendoakan Ruffedge untuk melihat kumpulan ini bersatu semula.

“Konsert ini sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa berdoa untuk melihat kami kembali bergabung di pentas. Ketika aktif dahulu, kami tidak berpeluang membuat konsert dan ini masa yang tepat untuk merealisasikannya,” katanya kepada BH Online.

Tiket konsert Ruffedge ini akan dijual bermula hari ini pada jam 10 pagi di www.ticketpro.com.my

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI