1. Aishah Turun 14.5kg Lepas 2 Bulan Lakukan Pembedahan

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Penyanyi, Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu, kini kelihatan semakin susut apabila berat badannya telah turun sebanyak 14.5kg selepas melakukan pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik, dua bulan yang lalu.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Aishah menerusi akaun Instagramnya dan menurut penyanyi ini lagi dia berhasrat untuk menurunkan berat badan sebanyak 25kg lagi.

 

2. Zul Hulzaimy Timang Anak Lelaki

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Sabtu lalu, pelakon popular, Zul Huzaimy menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa syukur apabila zuriatnya selamat dilahirkan oleh isteri tercinta.

IKLAN

Isterinya telah melahirkan seorang anak lelaki di hopital di ibu negara pada jam 11.24 malam dan bayi dilahirkan dengan berat 3.48kg.

Baby it, no name yet ?? . Alhamdulillah atas kurniaan rezeki…??? . akan kupenuhi dikau dengan 30 juzuk di dada tanpa lelah, agar kenal erti kemanusiaan tingkah dan langkah, agar faham erti sebenarnya dunia dan barzakh, moga tabah dalam susah dan payah, biar bulan bintang menjadi teman, sepertiga malam bersama tuhan, biar jasa menjadi sebutan, di alam satu sebagai imbuhan, dikau puteraku pewaris bangsa, senyum duka tawa bersenda, harapan keluarga ayah dan bonda, aminkan selalu dalam cita-cita, selamat datang puteraku ke dunia fana, usah takut menempuh gelora, kelak reda bersama cinta, kasih sayang tiada dua, hanya Dia tempat mengadu, tiada dua hanya Yang Satu, percaya yakin itu yang dulu, lafas bismillah sentiasa bersamamu, ingat selalu umi yang lahirkanmu, 9 bulan dikendong tak jemu, doa dipinta di lima waktu, moga sempurna pahlawan hatiku. #babyboy #28april2018 #noname #alhamdulillah #syukur #dailylifeofze #ilovemyfamily #sampaiakhirhayatze #newborn #myprince psstt… @awalhaziq1 @indah_armani …korang dah ada adik Baru ??? ? korang jangan buli2 babyboy ye, terima kasih sayangku @miszerna 9bulan tanpa jemu, melahirkannya kehebatan seorang ibu. Pasti Allah membalasnya dengan sebaik2 balasan.

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m) on

3. Netizen Sebak Tengok Video Dan Luahan Hati Rita Rudaini Untuk Anak-anaknya

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon popular, Rita Rudaini baru-baru ini ada memuat naik sebuah video menerusi akaun Instagramnya bersempena hari lahir anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna.

IKLAN

Apa yang menyentuh hati MH dan para netizen adalah luahan hati Rita untuk anak-anaknya di ruang kapsyen.

Apapun MH ucapkan selamat hari lahir buat Arjuna, semoga diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh.

IKLAN

 

4. Fazura Tidak Kecil Hati Dengan Kritikan Netizen Tentang Nyanyiannya

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon popular, Fazura baru-baru ini telah berduet bersama penyanyi popular daripada Indonesia, Anggun menerusi lagu, The Good Is Back.

Dalam pada itu menurut laporan BH Online, ada segelintir yang mengkritik suara Fazura dan ada juga yang mengatakan lagu duet di antara Anggun dan penyanyi, Rossa lebih sedap didengar.

Walau bagaimanapun, Fazura tidak berkecil hati dengan segala kritikan yang diberika terhadapnya.

“Saya terima semua kritikan itu dengan hati yang terbuka. Biasalah, kita perlu berdepan dengan semua cabaran seperti itu untuk berjaya.

 

“Diakui, lagu itu paling sukar untuk saya nyanyikan, ditambah dengan vokal Anggun yang sangat hebat.

 

“Apabila dia memilih saya untuk menjadi rakan duet, saya sahut cabaran itu dengan memberikan yang terbaik mengikut kemampuan diri,” katanya kepada BH Online.

Fazura juga berkata dia tidak kisah dibandingkan dengan Rossa kerana baginya, setiap penyanyi mempunyai cara nyanyian yang tersendiri.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI