1. Ibu Farihin Abdul Fattah Meninggal Dunia Semalam

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Salam takziah MH ucapkan buat juri tetap bagi program Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Farihin Abdul Fattah yang telah kehilangan ibu tercinta buat selama-lamanya semalam.

Berita sedih ini telah dikongsikan oleh penyanyi, Yasin menerusi akaun Instagramnya.

“syurga di bawah telapak kaki ibu. 

salam takziah buat Farihin Abdul Fattah & keluarga di atas pemergian Allahyarhamah ibu Maryam binti Nasron. 

inna lillah wa inna ilaihi rajiun,” tulis Yasin.

Al Fatihah buat arwah ibu Farihin dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

 

IKLAN

2. Kim Kardashian Risau Gangguan Mental Kanye West Berulang Kembali

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Selebriti popular antarabangsa, Kim Kardashian menerusi laopran RadarOnline berkata, dia risau jika suaminya yang juga merupakan selebriti popular, Kanye West mengalami gangguan mental atau depresi semula.

Menurut sumber lagi, Kim berkata suaminya mula berhalusinasi akibat tekanan dan sejak kebelakangan ini, Kanye sering memuat naik status yang tidak masuk akal di media sosialnya.

Kim berkata, suaminya juga sering berperwatakan pelik dan sering menjauhkan diri daripada keluarganya yang lain.

 

3. Single Baru Lan Solo, Berpisah Tanpa Rela Ada Kena Mengena Dengan Kumpulan Kristal?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

IKLAN

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan kontroversi yang melibatkan penyanyi, Lan Solo dengan bekas kumpulannya dahulu, Kristal.

Terbaru, Lan telah mengeluarkan single baru berjudul Berpisah Tanpa Rela dan menurut sumber Astro Gempak dia mengakui lagu ini adalah luahan hatinya tentang kontroversi yang berlaku antara dirinya bersama bekas kumpulan itu.

Katanya lagi, lagu ini bukan untuk mengukit apa yang telah berlaku namun hanya sekadar luahannya kepada peminat sahaja.

“Alhamdulillah, ini adalah buah tangan terbaharu saya kepada peminat selepas bergerak secara solo.

“Berpisah Tanpa Rela ini sebenarnya menceritakan tentang lagu cinta kepada kekasih namun mempunyai elemen peribadi tentang diri saya.

“Ini merupakan luahan saya didalam lagu dan perkara ini bukan untuk mengungkit tentang apa yang berlaku antara saya bersama kumpulan Kristal.

IKLAN

“Lagu ini bukan bermaksud saya belum ‘move on’ tapi ia mungkin sekadar luahan diri saya pada peminat,” katanya kepada Astro Gempak.

 

4. ‘Ibu Bangga Sebab Tanpa Seorang Suami, Ibu Berjaya Lakukan Semua Untuk Anak-anak Ibu’ – Fasha Sandha

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik satu video bilik tidur anak-anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.

Menurut kapsyen pada perkongsiannya, Fasha menjelaskan bahawa bilik tidur kedua-dua anaknya ini telah dihias oleh dirinya sendiri.

Kedengaran suara Fasha yang begitu seronok dapat menyiapkan bilik anak-anaknya ini malah dia turut berbangga dengan dirinya walaupun tanpa suami dia dapat melakukan segalanya sendiri untuk anak-anak.

Ada kisah disebalik bilik yang ibu siapkan sendiri untuk Rayfal and Jemyma. Sabtu Lalu, Rayfal tiba2 bertanya pada ibu, ibu where is my room ,ibu i want my own bed. I want my own room. Terkejut ibu, baru 5 tahun dah mintak bilik sendiri, tidur pun bawah ketiak ibu lagi. Maybe dia nak katil dia sendiri sbb rasa diri dah besar ? Nasib baik ada ruang lagi dalam bilik ibu, jadi on Sunday morning ibu called Ibu’s Bff Murshid , untuk pinjam kan pick up truck temankan ibu beli katil dan beberapa barang lain untuk jadikan bilik untuk diorng. Syukur inilah dia kawan2, bukan untuk nak pegi seronok2 hooray2 je, bila mintak tlg pun ada je untuk ibu. . Ibu bangga, sbb tanpa seorang suami, ibu berjaya melakukan semua untuk anak2 ibu. Beli membeli pun semua duit ibu juga…? terima kasih sahabat ibu yang selalu ada untuk ibu bila ibu memerlukan… . to Rayfal and little princess Jemyma… nanti besar tengok k, ni ibu buat sendiri sayang. Walau pun tak sehebat Lentera deco, kira lulus la kan… ?☺ Haih, malam tadi tetap tidur bawah ketiak ibu juga walaupun dah ada katil sendiri , macam mana tu ? ? . . . . @murshid_eunos @iman_imran75 @izzwan_shahzerill @kam2u Mucha @mamasandha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI