1. ‘Lain Kali Dah Tahu Takde Budget, Jangan Panggil Aku’ – Aqasha

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Pelakon kacak, Aqasha menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan isi hatinya dengan berkata dia hanya berlakon drama dan tidak berminat untuk berdrama.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

“Aku hanya berlakon drama.
Tak minat berdrama.

Lain kali dah tahu takde budget, panggil aje budak fakulti filem berlakon.

Jangan panggil aku,” tulisnya.

Di ruang komen pula MH lihat komposer terkenal, Damien telah meninggalkan komen dengan berkata dia faham apa yang dirasakan oleh Aqasha dan komen tersebut turut dibalas oleh Aqasha.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

 

2. Izzue Islam Langsung Tak Malu Jual Seluar Dalam

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

IKLAN

Selain bergiat aktif dalam bidang seni, semakin ramai golongan selebriti yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam baru sahaja melancarkan koleksi seluar dalam di bawah jenama, IzzuExclusive.

Menurut laporan daripada Utusan Online, Izzue berkata dia tidak malu untuk menjual pakaian dalam ini kerana ianya adalah keperluan harian bagi setiap individu.

“Ini juga merupakan salah satu percubaan untuk bisness IzzuExclusive sebab biasanya kalau nak beli boxer, kena dapatkan di pusat beli belah. Kali ini mereka boleh beli terus secara online melalui instagram @izzuexclusive.

 

“Saya tak perlu malu sebab semua orang pun pakai seluar dalam. Bagi saya, dalam berniaga jika malu, sukar untuk maju. Cuma kena berhati-hati dengan sensitiviti dan cara untuk mempromosikan jenama,” katanya kepada Utusan Online.

 

IKLAN

3. ‘Harap Awak Sedia Tanggung Benda Fitnah Yang Orang Mengata Pasal Saya’ – Hafiz Hamidun

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun menerusi akaun Twitternya telah membalas tweet daripada seorang netizen yang dirasakan telah memfitnahnya sebagai seorang individu yang suka menunjuk-nunjuk.

Hafiz berkata, jika posting daripada netizen tersebut membuatkan dia berasa puas hati, penyanyi ini berharap individu tersebut bersedia untuk menanggung segala kata fitnah daripada orang lain tentangnya.

IKLAN

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

 

4. ‘Kalau Ada Yang Betul-betul Ikhlas Masuk Meminang Terus’ – Sherry Alhadad

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Seperti wanita lain, pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad juga menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga.

Menerusi sumber Mstar Online, Sherry berkata kali terakhir dia bercinta adalah pada lapan tahun yang lalu.

“Saya pernah melalui proses bercinta. Kali terakhir pada lapan tahun yang lalu. Selepas itu, saya hanya fikirkan diri sendiri.

 

“Sebelum ini, saya bersusah-payah nak masuk industri seni sehinggakan saya berusaha dan hanya fokus pada kehidupan sendiri sampai tak ada masa nak bercinta.

 

“Hidup kedua saya kalau bukan diri sendiri, saya dengan keluarga. Mungkin dah selesa macam itu dan tak harapkan lelaki,” katanya kepada Mstar Online.

Tambahnya lagi, dia berharap dapat berjumpa dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

“Saya tetap berdoa untuk berjumpa dengan lelaki yang elok serta bertanggungjawab. Memang ada pernah lelaki nak berkenalan tapi mesti tak menjadi.

 

“Tapi bila umur macam ini malas nak bercinta, kalau ada yang betul-betul ikhlas, masuk minang terus kan,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI