1. Hanis Zalikah Jadi Host Jemputan MeleTOP Buat Netizen Teruja!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Mendapat Respon Netizen!

Wah, nampaknya ramai peminat terubat rindu bila melihat Hanis Zalikha muncul di kaca televisyen masing-masing.

Setelah sekian lama Hanis menyepikan diri dalam dunia pengacaraan sejak kelahiran Yusuf Iskandar, akhirnya malam tadi Hanis telah merealisasikan impian peminatnya untuk muncul kembali dalam industri seni.

Rata-rata memuji Hanis dan beranggapan Hanis merupakan seorang pengacara yang bagus dan well prepared.

SELANJUTNYA:

‘Hanis Memang Bagus dan Well Prepared’ Netizen Puji Hanis Zalikha Jadi Host MeleTOP Malam Tadi

2. Netizen Kurang Setuju Tindakan Rina Omar Tegur Neelofa

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Mendapat Respon Netizen!

Nampaknya artikel kami mengenai seorang pengacara tempatan menegur tindakan Neelofa mendapat pelbagai reaksi dari pembaca.

IKLAN

Walaupun ada beberapa individu yang bersetuju dan menganggap Neelofa harus lebih peka dan sensitif tentang isu ini, namun ramai juga yang kurang selesa dengan teguran yang dilemparkan.

Tetapi MH faham, mungkin Rina hanya ingin mengingatkan Lofa tentang kepentingan menjaga dan melindungi haiwan liar.

BACA: 

Berenang Bersama Ikan Lumba-lumba, Neelofa Ditegur Pengacara TV Tempatan

3. Kakak Datuk Seri Aliff Syukri Minta Henti Popularkan Orang Yang Persendakan Agama, Tukar Jantina

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Mendapat Respon Netizen!

IKLAN

MH ada terlihat satu perkongsian daripada kakak kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati atau lebih dikenali dengan nama Yatie menerusi akaun Instagramnya meminta netizen untuk berhenti mempopularkan orang yang memainkan agama serta menukar jantina.

Kata Yatie, jika tidak dihentikan perkara tersebut akan diikuti oleh anak-anak muda yang keliru mencari identiti mereka.

Melalui sebuah posting di Instagram, Yatie memohon maaf bukan niatnya untuk menyinggung sesiapa apatah lagi membuka aib orang.

Kata-kata Yatie diterima baik oleh semua netizen dan mereka juga bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yatie.

Namun ada juga meminta mereka semua untuk sentiasa bersabar dan berikan sedikit masa buat individu yang dimaksudkan.

IKLAN

BACA: 

‘Stop Share Dan Glamerkan Orang Yang Mainkan Agama & Tukar Jantina’ – Kakak Aliff Syukri

4. Netizen Minta Fasha Padam Gambar ‘Terlajak Sentuh’

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Mendapat Respon Netizen!

Nampaknya tindakan Fahsa memuat naik gambar bersama pelakon senior Jasmin Hamid menimbulkan pelbagai kerisauan dikalangan pengikutnya.

Fasha yang secara tidak sengaja terhalakan tanggan di bahagian tertentu membuatkan ramai ‘mata-mata nakal’ terbuka luas.

Bagaimanapun ramai tahu tidak mungkin ibu kepada dua orang anak ini dengan sengaja memuat naik gambar sebegitu, ramai mengagak pelakon ini terlepas pandang bahagian tangannya dan meminta pelakon ini dengan segera memadam gambar tersebut sebelum isu lain yang timbul.
BACA:

http://www.mediahiburan.my/tersalah-pegang-netizen-minta-fasha-sandha-padam-gambar-sebelum-viral/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI