#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

1. Dada Afdlin Shauki Sesak Dengar Ibu Kena Serangan Jantung

Sebagai seorang anak pastinya kita takut dan sedih apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada ibu kita.

Pelakon dan pengarah popular, Datuk Afdlin Shauki melahirkan rasa pilu di Instagramnya apabila mendapat berita ibunya terkena serangan jantung dan perkara itu membuatkan dadanya sesak.

Semalam keramat hidup saya, ibu yg sangat saya cintai terkena serangan jantung sekali lagi. Syukur dia berada di hospital serdang ketika itu, salah satu hospital kerajaan yg mempunyai department kardioloji di kuala lumpur. Dada saya sesak mendengar berita itu. Saya berada di dalam sebuah meeting utk mencari peluang perniagaan. Tiba-tiba saya lihat muka-muka di sekeliling meja dan semuanya tidak penting lagi… saya bergegas ke hospital dan ibu berada dalam keadaan separa sedar. Runtun jiwa ini melihat ibu saya ketika itu dan rasa lemah yg teramat sangat melanda diri ini. Serius semua dugaan yg sedang saya alami tiba-tiba tidak penting lagi. Yg penting hanyalah keadaan ibu saya. Masa ni saya juga melihat diri saya di tempat ibu saya, nampak beliau dalam kesakitan dan keletihan. Nampak beliau cuba mendapat nafas seterusnya. Beliau hanya boleh minum sedikit air… saya merasa lemas kerana jika saya di keadaan begitu ketika ini, saya mungkin tak sekuat ibu saya. Pasal masih terikat sangat kuat dgn duniawi. Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan keadaan ibu saya dan syukur masih membenarkan saya terus berjuang utk keluarga, masyarakat dan diri saya. Syukur…syukur…syukur yaAllah. Kepada kawan kawan saya mintak tolong doakan kesihatan ibu saya fadzilah binti jelani. Semuanya sementara….

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

MH doakan agar ibu Afdlin lekas sembuh dan sihat seperti sediakala.

 

2. Peminat Kata Muka Kakak Ismail Izzani Macam Nabila Razali

Baru-baru ini, penyanyi popular, Ismail Izzani telah berkongsi satu gambar bersama dua orang kakaknya di Instagram ketika menghadiri majlis resepsi penyanyi, Shila Amzah.

Nampaknya ramai peminat yang tertarik melihat salah seorang kakak Ismail yang dikatakan mirip seperti penyanyi comel, Nabila Razali.

IKLAN

Ok jom MH share gambar tersebut dengan korang.

– SHILA X HARIS ?❤️

A post shared by one and only (@ismailizzani_) on

Amacam sama ke macam Nabila Razali? Di bawah MH sertakan beberapa komen peminat yang mengatakan wajah kakak Ismail mirip penyanyi lagu Pematah Hati itu.

gil.adib_: Aq sorang je ke perasan muka kakak mail yg tgh macam @nabila.razali?

a.syazwani: ingat tengah tu @nabila.razali sia hahahahaha

amanisofiah: Your sister looks like nabila razali + sarancak

officel_mohammad: Akak cumi cumi yg sebelah Ismail tu

 

3. Syura Diekori Lelaki Berkereta Mewah Dan Terima Panggilan Misteri?

Penyanyi, Syura menerusi laporan Astro Gempak telah mendedahkan bahawa dia pernah diekori oleh individu yang tidak dikenalinya selama beberapa minggu malah dia juga menerima sejambak bunga setiap hari.

IKLAN

“Saya memang terkejut dan takut apabila hampir setiap hari selama dua minggu saya menerima jambangan bunga atas kereta saya.

 

“Tak cukup dengan itu saya mendapat panggilan misteri tanpa nombor yang mengikut saya kemana sahaja saya pergi.

 

“Pernah sekali saya terangkat panggilan dia dan katanya dia tahu di mana saya berada,” katanya kepada Astro Gempak.

Menurut sumber lagi, semakan menerusi CCTV di kediamannya mendapati individu tersebut adalah seorang lelaki dan dia memandu sebuah kereta mewah.

Katanya lagi, kereta tersebut pernah mengekorinya dari belakang sehingga dia terpaksa meminta bantuan daripada pengurusnya.

 

4. ‘I Dah Letak Nama, Nasib Baik Tak Letak Cop Tapak Kaki Sekali’ – Anzalna Nasir

Betul-betul ‘win’ kapsyen yang ditulis oleh pelakon popular, Anzalna pada posting terkininya di Instagram.

Anzalna telah berkongsi sebuah gambar lukisan hasil tangannya dan di ruang kapsyen dia berharap jangan ada yang mendakwa dia mencuri lukisan tersebut kerana dia sudah meletakkan namanya.

Terdahulu, Anzalna meluahkan rasa geramnya di salah satu postingnya apabila ada pihak yang mendakwa dia mencuri lukisan hasil tangan orang lain sedangkan lukisan itu dilukis sendiri olehnya.