1. Vicha Saywho Nafi Buat Pembedahan Buang Lemak
Pelawak popular yang berasal dari negara Jiran, Vicha Saywho menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia membuat pembedahan membuang lemak.
Menurut laporan Harian Metro, Vicha berkata dia menjalani pembedahan ‘gastric bypass’ selepas mendapat nasihat daripada doktor bagi menjaga kesihatannya.
“Kira-kira tiga bulan lalu, saya buat ujian gula dalam darah di sebuah hospital swasta dan sangat terkejut apabila mendapati kadar bacaannya sangat tinggi iaitu 20.
“Saya kemudian disarankan untuk buat ujian lengkap seluruh badan dan disuruh berpuasa.
“Hasil daripada ujian ini mendapati kadar bacaan gula dalam darah ialah 15 dan dikira masih tinggi.
“Seterusnya saya menjadi takut kerana perkara ini bukanlah normal. Saya kemudiannya diperkenalkan dengan seorang doktor pakar dan selepas berbincang disaran ambil ubat selama tiga bulan,” katanya kepada Harian Metro.
2. Fazura Buat Video ‘Sweet’ Sempena Setahun Perkenalan Dengan Fattah
Pelakon cantik, Fazura dan pelakon kacak, Fattah Amin mula berkenalan menerusi drama Hero Seorang Cinderella pada tahun lalu dan bermula dari situ hati mereka bertaut dan cinta mula berputik.
November tahun lalu telah menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri dan sejak dari itu mereka sering menjadi tumpuan peminat.
Terbaru, Fazura ada memuat naik sebuah video menerusi akaun Instagramnya menyatakan bahawa perkenalannya dengan suami tercinta sudah genap setahun pada bulan ini.
MH doakan perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan kekal bahagia hingga ke syurga.
3. Diana Danielle Garang Seperti Harimau Dengan Anak-anak?
Bukan mudah untuk ibu dan bapa mendidik anak-anak mereka sedari kecil untuk menjadi insan yang berjaya dan berguna di masa hadapan.
Tidak dapat dinafikan, adakalanya ibu dan bapa terpaksa bersikap garang dan tegas dengan anak-anak supaya mereka tidak melakukan atau mengulangi kesalahan yang dilakukan.
Pelakon, Datin Diana Daniel menerusi BH Online berkata, dia mengakui bahawa dia adalah seorang ibu yang garang dan tegas dengan anak-anaknya.
“Berbanding Farid yang banyak berlembut dengan anak, saya pula lebih garang. Dia hanya akan marah dan masuk campur pada masa tertentu, terutama ketika saat genting.
“Saya pula seperti harimau. Namun, di sebalik ketegasan, saya akan beri penjelasan supaya anak faham marah saya bersebab,” katanya kepada BH Online.
4. ‘Tidak Pernah Terlintas Di Fikiran Untuk Berkahwin Lagi’ – Rita Rudaini
Pelakon popular, Rita Rudaini menerusi sumber Kosmo Online berkata, dia sejujurnya tidak pernah terlintas untuk berkahwin lagi kerana sibuk menjaga dan menguruskan anak-anaknya.
“Sejujurnya, tidak pernah terlintas di fikiran untuk berkahwin lagi kerana saya kini sibuk menguruskan anak-anak. Hari-hari saya sibuk dengan mereka, malah masa rehat juga hanya ketika waktu tidur kerana dari pagi saya sibuk menguruskan mereka berdua.
“Hidup saya tidak pernah sunyi apatah lagi dengan anak-anak yang semakin membesar. Malah semakin mereka besar, makin banyak juga perkara yang saya perlu jaga.
“Kebanyakan orang berpendapat, anak-anak susah dijaga ketika kecil tetapi bagi saya setiap peringkat pembesaran mereka itu ada kesusahannya kerana saya ibu tunggal.
“Malah, saya juga tidak terfikir langsung mahu mempunyai pasangan kerana gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya kepada Kosmo Online.
Namun begitu, Rita berkata sekiranya ditakdirkan dia bertemu jodoh suatu hari nanti dia akan menerimanya dan berharap jodoh itu baik untuk kedua-dua cahaya matanya.
“Bagaimanapun, saya terima sekiranya ditakdirkan suatu hari nanti dipertemukan jodoh tetapi saya harap jodoh yang dikurniakan itu nanti baik untuk anak-anak.
“Bagi fasa sekarang, saya lebih mementingkan apa yang baik untuk anak-anak dan bukannya untuk saya,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI