1. Isteri Sharnaaz Ahmad Hamil?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Korang Kena Tahu…

Baru-baru ini isteri kepada pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila ada berkongsi gambar di sebuah hospital dan apa yang menarik perhatian MH adalah di ruangan komen gambar tersebut penuh dengan ucapan tahniah.

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Nampaknya ucapan tahniah tersebut menjadi tanda tanya buat pengikut-pengikut Nabila di Instagramnya. Ramai yanb bertanyakan kepada Nabila adakah dia sedang hamil.

Terlihat juga beberapa komen ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis.

MH pun tertanya-tanya juga ni. Betul ke Nabila hamil?

 

IKLAN

2. Almy Nadia Lebih Selesa Dipanggil Tanpa Gelaran Datin Buat Masa Ini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Korang Kena Tahu…

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan anugerah darjah kebesaran yang diterima oleh pelakon, Fizz Fairuz yang membawa gelaran Datuk pada Sabtu lalu.

Menurut sebuah sumber, isteri kepada Fizz iaitu Datin Almy Nadia berkata, dia menghormati pangkat yang diberi tetapi buat masa ini dia lebih selesa dengan panggilan Almy sahaja dan tidak perlu memanggilnya dengan gelaran Datin.

 

3. Netizen Teruja Alif Satar Ganti Slot Bang Bang Caprice

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Korang Kena Tahu…

IKLAN

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rap popular, Caprice yang sering berkongsi pendapatnya di Instagram tentang isu-isu semasa dalam slot Bang Bang.

Baru-baru ini, Caprice ada memuat naik satu video di Instagramnya yang merakamkan pelakon dan pengacara popular, Alif Satar menggantikannya sebagai pengacara slot Bang Bang tersebut namun ianya hanyalah sekadar lakonan sahaja.

Nampaknya netizen begitu teruja dengan video tersebut dan tontonan video itu melebihi daripada 400,000 tontonan.

Jom kita tengok video yang buat netizen teruja ni.

IKLAN

Introducing the new host of BangBang… ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

 

4. ‘Hello Saya Beli Ye From Veana’ – Aliff Syukri Nafi Curi Gambar Lampu Orang

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Korang Kena Tahu…

Kecoh di media sosial sebelum ini tentang isu yang mengaitkan nama pengasa kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa mencuri gambar lampu orang lain dan digunakan tanpa meletakkan kredit pada gambar tersebut di media sosialnya.

Rentetan dari hal itu, baru-baru ini Aliff tampil menerusi Instagramnya menafikan gambar tersebut dicuri dan dia menjelaskan bahawa lampu tersebut dibeli olehnya dari Veana.

“org kata saya curi picture.. hello.. saya beli ye from veana ..tp saya tak kisah pun… klau ko org kata saya curi picture org.. ko org nnt ye.. saya tunjukkan pic yg sebenar.. saya tak curi gambr org.. utk bloger saya xmarah pon awk ckp saya curi gambar org sebb saya tahu saya xbuat pon… tggu yer saya akan bg korg tgk cendilier saya yg betul tu yer…,” tulis Aliff pada kapsyen perkongsiannya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI