1. Amira Othman Mahu Fokus Pada Nyanyian, Tolak Tawaran Berlakon

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Pagi Ini!

Penyanyi cantik, Amira Othman berkata pada satu sumber dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan yang diterimanya kerana sibuk dengan single baharu.

Menurutnya, mungkin selepas Aidilfitri dia akan menerima semula tawaran berlakon kerana sememangnya lakonan juga merupakan minatnya.

 

2. Ayda Jebat Menangis Belajar Bahasa Isyarat

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Pagi Ini!

Sebut saja nama Ayda Jebat pasti ramai yang kenal dengan pelakon popular ini kerana memiliki bakat lakonan yang sangat hebat.

Kali ini Ayda bakal melakonkan satu watak seorang gadis kurang upaya yang bisu dan itu memerlukan dirinya untuk belajar bahasa isyarat tangan.

IKLAN

Menurut Ayda, bahasa isyarat sememangnya susah untuk dia pelajari dan ketika dalam proses pembelajaran Ayda mengatakan dia hampir menangis kerana tidak dapat membayangkan jika dirinya benar-benar kurang upaya.

Begitu dalam penghayatan Ayda sehingga membuatkan dia hendak menangis.

 

3. Adira Sudah Lali Dengan Kecaman

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Pagi Ini!

IKLAN

Sebagai seorang artis pastinya pelbagai dugaan yang perlu ditempuh. Ada yang memuji malah ada juga yang mengecam.

Menurut Adira, dia sudah lali dengan kecaman yang dilemparkan ke atas dirinya.

Katanya lagi, dia lebih selesa untuk berdiam diri daripada membalas kecaman netizen dengan kata-kata negatif.

IKLAN

 

4. Datuk Afdlin Shauki Nasihat Pelawak Baru Jangan Curi Bahan Lawak Orang

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Pagi Ini!

Mungkin ada yang rasa untuk melawak itu senang tapi hakikatnya untuk membuat seseorang itu tertawa bukannya mudah.

Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki telah memberikan nasihat kepada pelawak-pelawak baru untuk tidak mencuri bahan lawak pelawak lain dan mempersembahkannya dalam persembahan mereka.

Kata Afdlin, jika mengambil bahan lawak orang lain lebih baik balik dan melawak di rumah sahaja.

Menurutnya lagi, jika seseorang pelawak itu membuat lawak dengan orang lain, itu bermakna pelawak tersebut menjana pendapatan atas hasil plagiarism.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI