1. Amy Search Luah Rasa Kecewa Album Dicetak Rompak
Siapa yang tidak kenak dengan penyanyi lagenda rock, Amy Seacrh yang popular dengan tagline ‘pewiitt’
Menerusi akaun Instagramnya, Amy telah meluahkan rasa kecewa berhubung album terbaru kumpulan Search, Khartasis telah dicetak rompak dan dijual secara terang terangan di sebuah pusat membeli belah.
2. Soal Anak, Siti Saleha Tak Tolak Diberi Rezeki Dalam Masa Terdekat
Ads
Pelakon cantik, Siti Saleha yang baru sahaja bergelar isteri tahun lalu menerusi sumber Astro Gempak berkata, dia dan suami tidak menolak untuk mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat.
Katanya, segalanya bergantung kepada rezeki dan dia juga suaminya menerima dengan hati yang terbuka jika diberikan rezeki cahaya mata dengan cepat.
3. Ainan Salsabiela, Ainan Tasneem Kongsi Nama Anak Di Instagram
Ads
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Aku Suka Kami, Ainan Tasneem baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada minggu lalu.
Menerusi akaun Instagram penyanyi ini, dia telah berkongsi nama puterinya iaitu, Ainan Salsabiela binti Mohamad Arrifudin yang bermaksud ‘Mata Air Di Syurga’
4. ‘Terbayang Kalau Ada Baby Sendiri, Takpe Sayang Belum Rezeki Kita Lagi’ – Izzue Islam
MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon dan penyanyi popular, Izzue Islam sudah lama berkahwin namun dia dan isterinya masih lagi belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.
Mata MH tertarik pada satu video yang dikongsikan oleh Izzue di Instagram di mana dia telah mendukung seorang bayi sambil menyanyi dan pada ruang kapsyennya dia menulis,
“dapat merasa jadi daddy kejap petang tadi masa kat event @starcamp18 di Kuala Krai, Kelantan. Terbayang kalau ada baby sendiri ? takpe sayang @awinnurin , belum rezeki kita lagi. Nanti rezeki kita dah sampai, kita buat lagu untuk baby pulak ok? aminn ?? #muziktiduranku @iianmusic,” tulis Izzue.
MH doakan semoga Izzue dan isteri dikurniakan zuriat tidak lama lagi. Insya ALLAH setiap orang yang bersabar pasti akan diberikan kemanisan dalam setiap sabarnya nanti.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.