1. Faizal Tahir Sedia Jadi Juri Anugerah Juara Lagu

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Penyanyi dan juga komposer hebat, Faizal Tahir menerusi Harian Metro berkata, jika dia ditawarkan menjadi juri bagi pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) di masa akan datang, dia akan mempertimbangkan dan sedia untuk menerima tawaran tersebut.

Katanya lagi, dia tidak pernah menolak setiap tawaran yang datang termasuk menjadi seorang juri.

Malah dia juga berkata bahawa dia sangat menyokong pertandingan ini.

 

2. Hafiz Hamidun Akui Kehidupan Selepas Bercerai Agak Sukar Dan Perit

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa penyanyi lagu berunsur ketuhanan, Hafiz Hamidun telah bercerai dengan usahawan kosmetik popular, Joy Revfa tahun lalu.

IKLAN

Hafiz menerusi satu sumber memberitahu, dia mengakui kehidupan selepas bercerai agak sukar dan perit untuk dilaluinya.

Katanya lagi, kesannya amat mendalam dan kadang kala terasa sunyi namun dia bersyukur kerana mempunyai ibu dan ayah yang sering memberi sokongan kepadanya.

 

3. Hairul Azreen Janji Tak Akan Malukan Pasukan Khas Laut (PASKAL)

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

IKLAN

Pelakon kacak, Hairul Azreen menerusi sumber Mstar Online memberitahu bahawa dia berjanji untuk tidak memalukan Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila bakal memegang watak sebagai ahli anggota pasukan tersebut menerusi filem Paskal tidak lama lagi.

Katanya lagi, dia sememangnya memasang impian untuk menjadi seorang tentera sejak kecil namun cita-citanya itu tidak kesampaian.

Oleh itu, apabila diberikan watak ini dia berjanji akan memberikan tang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan filem ini.

IKLAN

 

4. Neelofa Rasa Terkilan Permohonan Maafnya Dipertikai Segelintir Pihak

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Masih segar dalam ingatan kita bahawa minggu lalu satu kontroversi panas yang mengaitkan pengacara dan usahawan popular, Neelofa berhubung isu pelancaran tudung di sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur.

Rentetan daripada kisah viral itu, Neelofa terus mendapat kecaman hebat daripada netizen, walaupun pihak Nealofar Hijab dan Neelofa sendiri sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Namun menerusi satu sumber, Neelofa berkata tidak adil bagi mana-mana pihak yang mempertikaikan keikhlasan permohonan maafnya.

Neelofa berkata, dia tidak mahu memanjangkan hal ini dan dia ikhlas menerima setiap komen netizen dari sudut positif.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI