1. Ashraf Sinclair Hilang 5000 Kalori Satu Hari Demi Filem Dosa!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Sebagai seorang pelakon yang profesional pastinya untuk menjayakan sesebuah watak itu memerlukan hasil usaha yang penuh.

Pelakon, Ashraf Sinclair berkata menerusi satu sumber, dia kehilangan sebanyak 5000 kalori tenaga setiap hari demi filem Dosa.

Ini kerana, Ashraf terpaksa menjalani latihan insentif yang melibatkan koreografi persilatan selama sebulan setiap hari bermula jam 4 petang hingga 9 malam.

 

2. Aliff Syukri Terkilan Lakonannya Dalam Filem Badang Dikritik Hebat!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkata kepada satu sumber dia berasa sedikit kecewa dengan segelintir netizen yang menghentam lakonannya dalam filem badang sedangkan mereka masih belum menonton filem tersebut.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia tidak mengganggu hidup orang tetapi mengapa dia dihentam dan dihina sebegitu teruk sekali.

Dalam pada itu Aliff berkata, sepatutnya orang ramai menghargai bakat yang ada padanya dan bukannya mengecam.

 

3. ‘AIM 477’ – Aiman Tino Bida RM40,000 Untuk Nombor Plat Kereta

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

IKLAN

Wah sekali pandang nombor plat kenderaan yang dibida oleh penyanyi remaja popular, Aiman Tino ini kita akan terlihat seperti ejaan namanya sendiri.

Nombor plat ‘AIM 477’ ini dikeluarkan oleh Yayasan Artis 1 Malaysia ‘YA1M’ dan dibida oleh Aiman dengan harga RM40,000.

Menurut Aiman menerusi satu sumber, dia sudah lama menginginkan nombor plat tersebut dan dia bersyukur kerana akhirnya dia memilikinya.

Aiman juga menganggap pembelian nombor plat kereta ini sebagai ganjaran untuk dirinya sendiri setelah penat bekerja.

IKLAN

 

4. Fizi Ali Dan Shakilla Khoriri Kini Sah Bergelar Suami Isteri

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Tahniah MH ucapkan kepada penyampai radio, Fizi Ali dan pelakon cantik, Shakilla Khoriri yang selamat diijabkabulkan pagi semalam.

Fizi dan Shakilla dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Khoriri bin Markon dengan mas kahwin sebanyak RM300 di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall.

Pengantin lelaki telah memberikan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Semoga masjid yang dibina sentiasa dirahmati dan berkekalan hingga ke syurga.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI