1. ‘Please Avoid Makan Ikan Keli Ye’ – Yana Samsudin Nasihat Ummi Nazeera Jangan Makan Ikan Keli Semasa Hamil

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

Baru-baru ini pelakon cantik, Ummi Nazeera ada berkongsi gambar di akaun Instagram yang menampakkan baby bumpnya yang semakin membesar.

Di ruang kapsyen, Ummi menyatakan menu makanan yang dimakan olehnya pada hari berkenaan dan salah satunya adalah ikan keli.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

“Buncit in the house hands up? ?????? Harini saja dah makan .. ikan Keli.. budu… bubur lambuk dan sotong celup tepung. Alhamdulillahhhhh… ?? ok jom maghrib!,” tulis Ummi.

Namun begitu, di ruang komen pula MH terlihat pelakon popular, Yana Samsudin telah meninggalkan komen dengan menasihati Ummi agar mengelak daripada memakan ikan keli kerana ianya mengandungi banyak toksid.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

 

2. ‘Sebelum Ni Aqish Asyik Muntah Darah Dan Pengsan’ – Kesihatan Puteri Balqis Semakin Baik Lepas Amal Kunyah Daun Basil Pagi Dan Malam

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

IKLAN

Pasti ramai yang kenal dengan pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis yang sangat berbakat besar dalam bidang lakonan.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram baru-baru ini, telah menyatakan bahawa kesihatan Balqis sudah beransur pulih selepas mengamalkan mengunyah daun basil setiap pagi dan malam.

Jika tidak sebelum ini, Balqis sering muntah darah dan pengsan. Perkongsian ini juga dipercayai telah dikongsi oleh ibunya.

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

“Alhamdulillah sakit Aqish semakin kurang.I’m still waiting for her next treatment.Terima kasih buat semua fans yg tak henti2 dm dan WhatsApp bertanya khabar Aqish.Buat sesiapa yg anak mereka mengalami sakit jantung/lemah jantung atau cancer, beli mcm2 supplement tapi tak membantu, boleh try parsley atau Basil tea.Sebelum ni, Aqish asyik muntah darah dan pengsan.I almost lost her.Mcm2 supplement yg Aqish cuba tapi tak membantu.Selepas Aqish minum Basil tea, dan kunyah daun Basil tu setiap pagi dan malam, sakit Aqish beransur pulih.Doakan yg terbaik buat Puteri.Love u guys❤??Tq,” tulisnya.

 

IKLAN

3. Adik Bekas Perdana Menteri Ucap Tahniah Buat Tun M

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

Nampaknya ramai yang masih tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ketujuh negara, Tun Dr Mahathir Mohamad atas kemenangan parti Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Adik kepada bekas Perdana Menteri terdahulu, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Seri Nazir Razak juga turut mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir.

Pengerusi Kumpulan CIMB ini juga menyatakan dia sudah penat mengingatkan pemerintah sebelum ini untuk memperbetulkan cara pemerintahan negara namun tidak dipedulikan.

IKLAN

A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak) on

“Congratulations YAB Tun Mahathir, 7th PM of Malaysia. No words can adequately describe the journey back to his old office. Malaysia has also defied the odds and global trends with this peaceful transition of power in line with the will of the people- Malaysia, new icon of democracy.

Tun M has always gone to great lengths to praise his mentor Tun Razak (even at the height of tensions with Najib and UMNO). Both of them share the same determination to nation-build to the best of their ability and limits of personal sacrifices.

I wish the new PM and his team every success in building the new Malaysia as envisaged in the PH manifesto. As I have argued ad nauseam, Malaysia needs major recalibration, but all attempts under the old order failed due to structural rigidities and vested interest. Now you can!,” tulisnya.

 

4. Tahniah Mat Dan Kini Bergelar Bapa!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

Tahniah MH ucapakn buat pengacara, Mat Dan yang kini sudah bergelar bapa selepas isteri selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 5 Mei yang lalu.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Mat Dan menerusi akaun Instagramnya.

Semoga kehadiran cahaya mata sulung Mat Dan dan isteri dapat mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga kecil mereka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI