1.Hanya Kerana Upload Gambar Dengan Adik, Amira Othman dikatakan show off?

#MHBreakfirst: 4 Selebriti Luah Perasaan di Twitter Semalam…

Eh, apa cerita ni? Jika terdahulu Alif Satar pernah menjadi mangsa kritikan netizen kerana sebuah video mengusung jenazah di Makkah, kali ini Amira Othman tidak ketinggalan menjadi mangsa kritikan netizen hanya kerana muat naik gambat bersama adiknya, Irfan Haris.

Seperti yang kita tahu, Amira dan Irfan merupakan adik beradik kandung dan tidak dinafikan kedua-dua nama mereka sedang meningkat naik, masing punyai pengikutnya tersendiri.

Menjadi lumrahlah kalau adik beradik tangkap gambar dan muat naik ke media sosial bukan?

Amira yang agak terkejut melihat reaksi sesetengah individu yang adakalanya agak mengarut menjelaskan untuk apa dirinya show off, kerana Irfan itu merupakan darah dagingnya sendiri.

Hmmmm, MH syak mungkin individu terbabit fikir Irfan dan Amyra adalah pasangan bercinta kot! Sebab tu dia kata show off. Apapun harap Amira bersabar dengan tuduhan tidak berasas ini.

2.Ruhainies Luah Dia Yang Mebahagiakan, Dia Yang Menghancurkan

#MHBreakfirst: 4 Selebriti Luah Perasaan di Twitter Semalam…

Eh, kenapa dengan pelakon jelita Ruhainies ni? MH perasan sejak akhir-akhir ini Ruhainies sering berkongsi posting-posting sedih.

Seperti malam tadi, Ruhainies telah muat naik tweet berbunyi sesuatu yang mengecewakan. Menurutnya individu tersebut yang membahagiakan dan menghancurkan.

IKLAN

Tweet ini telah menyebabkan beberapa peminatnya tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya. Namun Ruhainies engan membalas apa-apa.

Selang beberapa jam, Ruhainies muat naik lagi tweet dengan berkata segalanya semakin pudar hari demi hari.

Malah, dia juga sempat muat naik ucapan selamat malam sambil menggunakan emoticon sedih.

Jika dilihat semula, sebelum ini MH pernah bertanya pada Ruhainies mengapa sejak akhir-akhir ini dia sering bersedih di Twitter, namun katanya itu hanya sekadar luahan sewaktu bosan dan menafikan sedang kecewa kerana putus cinta.

Apapun MH harap Ruhainies dapat hadapi semua ini dengan senyuman. Adatlah tu adakalanya kehidupan kita sangat mengembirakan dan adakalanya tidak.

IKLAN

3.Nurul Wahab Depp Tidak Mahu Dikeliling oleh Individu yang Rumit?

#MHBreakfirst: 4 Selebriti Luah Perasaan di Twitter Semalam…

Lama rasanya tidak mengikuti perkembangan penyanyi berkulit hitam manis yang pernah terkenal dengan lagu Kerana Terluka, Nurul Wahab.

Baru-baru ini MH ada menjengah akaun Twitter penyanyi ini, MH agak bersetuju dengan tweetnya malam tadi , menurutnya apabila usia semakin meningkat dewasa, dia hanya mahukan persekitaran yang tenang dan aman.

Malah, Nurul turut menambah tidak mahu dikelilingi dengan individu yang merumitkan.

Dalam masa yang sama, Nurul juga sempat menambah apa yang penting dalam hidupnya adalah dia inginkan kehidupan yang bahagia.

IKLAN

Hmmm sesuatu sangat tweet Nurul, adakah Nurul cuba menujukan kata-kata ini pada seseorang atau sebaliknya?

Tetapi MH percaya, Nurul hanya cuba meluahkan keinginannya tidak berniat untuk memerli sesiapa.

4.Abam Luah Terus Berdiri Walau Dicemuh!

#MHBreakfirst: 4 Selebriti Luah Perasaan di Twitter Semalam…
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak Abam daripada kumpulan Bocey. Seperti yang kita tahu tidak lama lagi Abam bakal menamatkan zaman bujang. MH pasti Abam kini pasti sedang berbunga-bunga!

Di sebalik kegembiraan dan senyuman manis abam, rupa-rupanya pelawak ini pernah juga menjadi mangsa kritikan orang ramai.

Terbaharu melalui Twitter, Abam ada luahkan kata-kata semangat buat dirinya sendiri untuk terus teguh berdiri walaupun pernah menerima cemuhan, kejian serta cacian walaupun mereka langsung tidak mengenali dirinya.

Lebih tersentuh apabila melihat Abam berkata semua ini adalah lumrah dunia dan bergantung pada hati seseorang.

Malah, Abam turut menggunakan hashtag #kitabaikramaisayang dan #kesaldengancemuhan di hujung ruangan kapsyen.

Haish, macam-macam betul hopefully Abam abaikan sahaja tomohan liar yang tidak ada faedah. Jangan bimbang, masih ramai individu yang menyokong dan percayakan Abam!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI