1. Ayda Jebat Jawab Soal ‘Pertikaikan Juri’

#MHBreakFirst : 4 Persoalan Yang Timbul Punyai Jawapan

Akhirnya penyanyi Mata, Ayda Jebat buka mulut tentang kekecewaanya berkaitan dengan keputusan Muzik-muzik 32.

Menurut laporan Kosmo.com, Ayda sebenarnya tiada niat langsung untuk mempertikaikan tugas juri sebaliknya hanya ingin mengetahui bagaimana pemarkahan juri terhadap lagunya.

Dengan cara itu, Ayda berharap boleh perbaiki segala kesilapan mahupun kelemahannya untuk persediaan akan datang.

Seperti MH pernah kata sebelum ini, mungkin ada alasan yang kukuh mengapa Ayda berani bersuara tentang keputusan tersebut.

Kerana kami tahu Ayda memang jarang lakukan perkara-perkara seperti ini.

Apapun kini segala persoalan terjawab dan MH harap selepas ini semua lebih jelas dan tidak lagi bangkitkan isu ini.

2. Fattah & Fazura Minta Tunggu Sehingga 23 November 2017

#MHBreakFirst : 4 Persoalan Yang Timbul Punyai Jawapan

IKLAN

Memang hangat betul kedua pasangan ini. Baru sahaja reda isu tarikh pertunangan, timbul pula isu pernikahan secara tertutup yang ‘kononnya’ diadakan di rumah nenek Fazura.

Namun, semalam MH ada menerima kenyataan daripada pihak pengurusan Fazura mengumumkan Fazura bersama ahli keluarga Fattah telah berangkat ke tanah suci Makkah.

Dalam masa yang sama, pihaknya juga turutmemberitahu Fattah dan Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Tetapi lokasi perjumpaan itu masih belum dikongsikan lagi.

Apapun selamat pergi dan pulang ya Fattah dan Fazura. Kami di sini semua tak sabar nak tunggu tarikh keramat itu.

SELANJUTNYA: Fattah, Fazura Berangkat Tunai Umrah

IKLAN

3. Datuk Hans Isaac Jawab Soal Hati…

#MHBreakFirst : 4 Persoalan Yang Timbul Punyai Jawapan

Seperti yang kita tahu sebelum ini Datuk Hans Isaac pernah mengemparkan industri apabila membatalkan rancangan untuk berkahwin.

Melalui program rakaman MeleTop, Nabil telah bertanya soalan bagaimana sekirannya Hans dan Lofa dijodohkan kembali?

Dengan sejujurnya dan terbuka, Hans menjawab buat masa sekarang ‘kedainya’ tertutup maksimum dan perlukan seseorang yang cukup istimewa untuk membukannya kembali.

IKLAN

SELANJUTNYA: Datuk Hans Buat Pengakuan Jujur Depan Neelofa & Nabil Ahmad

4. Hanis Zalikha Mengandung Lagi?

#MHBreakFirst : 4 Persoalan Yang Timbul Punyai Jawapan

Mungkin ada yang masih tidak sedar tentang entri kami sebelum ini, Hanis ada berkongsi satu info tentang perubatan vaksin yang perlu diambil ketika mengandung.

Namun kelakarnya, perkongsian itu telah disalah erti sehingga banyak pihak menyangka Hanis telah berbadan dua.

Namun dengan segera. Hanis memuat naik satu kenyataan dan menjelaskan sebenarnya dia hanya cuba menjelaskan tentang isu vaksin dan tidak sangka penerangnya itu boleh membuatkan ramai teruja serta salah faham.

Memang lucu, tetapi biasalah di dalam dunia digital kita tidak akan terlepas dengan perkara-perkara seperti ini.

SELANJUTNYA: Eh, Giliran Hanis Zalikha Pula Kantoi Mengandung?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI