1. Bergaduh Dengan Bazli, Najdi Tarik Diri Dari UNIC

#MHBreakfirst: 4 Artikel Semalam, Mendapat Perhatian Ramai!

MH pasti ramai yang kenal dengan kumpulan nasyid, UNIC yang dianggotai oleh Bazli, Najdi dan Fakhrul.

Semalam kecoh di internet apabila salah seorang daripada anggota UNIC, Najdi memberitahu kepada satu sumber bahawa dia mahu menarik diri daripada UNIC untuk Anugerah Nasyid 2017 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Najdi memberitahu bahawa dia bergaduh dengan Bazli dan sukar untuk bekerja dengan rakannya itu.

“Saya mahu tarik diri sebab ada isu. Sebenarnya saya bergaduh dengan Bazli. Tak tahu nak cakap macam mana.

 
“Isu ini sudah lama dan saya rasa bekerja dengan Bazli sangat sukar sebab dia seorang yang suka cakap lepas. Bagaimanapun, saya tiada masalah dengan Fakhrul,” katanya kepada Harian Metro.

Selanjutnya: ‘Sukar Bekerja Dengan Bazli, Suka Cakap Lepas’ – Najdi Tarik Diri

2. Alahai Bersemut Surprise Mawar Buat Suami Sempena Hari Jadi

#MHBreakfirst: 4 Artikel Semalam, Mendapat Perhatian Ramai!

Bersempena hari jadi suami tercinta, pelakon cantik, Mawar Rashid telah membuat satu kejutan buat suaminya, Raf Yaakob.

Ads

Satu video yang merakamkan kejutan itu telah dikongsi oleh Mawar menerusi akaun Instagramnya.

❤️ you #Raf33rdBirthday @rafyaakob Decoration : @surprise.dash

A post shared by ???Mawar ??? (@mawarashid) on

Bersemut betul MH tengok pasangan suami isteri yang baru sahaja selamat mendirikan rumah tangga pada bulan November tahun lalu.

Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke syurga.

Selanjutnya: Mawar Rashid Buat Surprise Untuk Suami Sempena Hari Jadi

Ads

3. Ifa Raziah Akan Bawa Isu Konflik Dengan Roslan Shah Ke Muka Pengadilan

#MHBreakfirst: 4 Artikel Semalam, Mendapat Perhatian Ramai!

Nampaknya dua artis yang pernah menjadi teman baik, Ifa Raziah dan Roslan Shah kini sedang bertikam lidah.

Hubungan persahabatan yang terjalin juga semakin retak disebabkan perang mulut antara kedua-dua artis ini.

Semalam, Ifa berkata kepada MH bahawa dia akan membawa isu ini ke muka pengadilan.

Ads

Selanjutnya: Isu Konflik Dengan Roslan Shah, Ifa Raziah Terfikir Bakal Bawa Kes Ke Pengadilan!

4. ‘Goal’ Nabila Razali Mahu Jadi Trendsetter

#MHBreakfirst: 4 Artikel Semalam, Mendapat Perhatian Ramai!

Kalau korang perasan penyanyi comel, Nabila Razali yang popular kini dengan lagu Pematah Hati telah mengenakan gaya memakai jacket dengan style off-shoulder dan gaya itu didapati menjadi ikutan ramai.

Namun menurut Nabila, gaya jacket yang dipakainya itu hanya kebetulan sahaja dan idea itu datang daripada stylistnya.

“Sebenarnya, kebetulan sahaja. Dalam muzik video Pematah Hati, saya memang banyak pakai jaket style off-shoulder macam tu.

 
“Apa-apa pun saya nak bagi kredit lah pada stylist sebab dia yang cadangkan sampai sekarang orang panggil itu style cumi cumi,” katanya kepada MH.

Menurut Nabila lagi, matlamatnya adalah ingin menjadi trendsetter dan berharap apa sahaja yang dilakukannya menjadi ikutan ramai selepas ini.

“Saya sendiri, goal saya adalah untuk jadi trendsetter, jadi saya haraplah apa yang saya buat lepas ini… orang akan follow, eh?,” katanya.

Selanjutnya: Style Jacket Cumi-cumi, Nabila Razali Set Goal Jadi Trendsetter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI