Mesti berbunga-bunga hati si suami setiap kali mendapat kejutan daripada isteri. Itulah yang pelakon comel, Mawar Rashid lakukan terhadap suaminya dengan memberi kejutan hari jadi yang ke 33.

Sedang MH meninjau laman Instagram untuk melihat perkembangan terbaru artis tanah air, ternampak pula satu posting daripada Mawar untuk suaminya yang tercinta.

 Mawar Rashid Buat Surprise Untuk Suami Sempena Hari Jadi

“Sedikit kejutan buat #MySweetRaden, seronok tengok awak gembira.

“Tengok kamu gembira adalah janji saya kepada kamu. I love you husband,” tulisnya Mawar pada kapsyen gambar tersebut.

Terdahulu, Mawar juga ada berkongsi satu lagi posting mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya.

IKLAN

 Mawar Rashid Buat Surprise Untuk Suami Sempena Hari Jadi

“Selamat hari lahir suamiku! Kamu adalah definisi suami dan ayah terbaik!

“Selalu meletakkan keluarga di tangga teratas, saya bangga memanggil kamu suamiku.

“Terima kasih sebab hadir dan membuatkan hidup saya gembira selalu, you are the best thing in life could have ever given me,” tulisnya.

 

IKLAN

OMG!, bersemut sangat baca kan? Bukan MH je yang rasa macam tu malah pengikut dan peminat Mawar di Instagram juga merasakan perasaan yang sama.

IKLAN

MH doakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia buat selama-lamanya dan Happy Birthday Raf Yaakob semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI