1.Konspirasi Teori ‘Kematian’ Arvil

#MHBreakfirst: 4 Artikel MH Yang Mengejutkan Orang Ramai

Cerita konspirasi teori ini menjadi bualan hangat malam tadi, rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan dan ada jugak yang kata ada kemungkinan ini terjadi.

Malah ada yang menganggap apa yang dikongsikan ini tidak masuk akal hingga membuatkan sesetengah pihak tidak boleh duduk diam.

Sebenarnya apa yang dikongsikan dalam entri ini adalah untuk berkongsi apakah konspirasi sesetengah individu lakukan untuk membuktikan kematian Arvil akibat kemurungan sejak kehilangan datuknya.

Namun sejauh mana kebenarannya seperti yang kami kata, sehingga kini masih belum ada sesiapa yang berani mengesahkan atau menafikan secara terbuka.

Mungkin dengan beberapa point yang diberi boleh buka mata dan buat kita berfikir.

Jadi sejauh mana ia patut dipercayai, nilailah sendiri.

SELANJUTNYA : Ini Dia Konspirasi Teori ‘Kematian’ Avril Lavigne Yang Korang Perlu Tahu

2.Cantiknya Anak Kaza!

#MHBreakfirst: 4 Artikel MH Yang Mengejutkan Orang Ramai

IKLAN

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Kaza yang terkenal dengan sikap lucunya.

Sejak MH siarkan artikel mengenai anaknya, ramai yang terkejut dan tidak menyangka pelakon senior ini mempunya anak yang cukup cantik persis model!

Malah, Fadira Fatini Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kaza ini agak popular di Instagram dan Twitter.

Tapi seriously MH terkejut lihat wajahnya yang iras-iras model luar negara pun ada juga.

Lihat gambar-gambarnya di sini.

3.Gambar Malam Berinai Izara Tersebar

#MHBreakfirst: 4 Artikel MH Yang Mengejutkan Orang Ramai

IKLAN

Jika perasan malam tadi MH ada keluarkan satu artikel berkenaan tersebarnya gambar malm berinai Izara Aishah.

Dengan mengenakan konsep ala Bollywood Izara kelihatan sungguh menawan bagai pelakon hindustan.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah mengapa Izara menggunakan tema ini dan mengapa tidak mengetengahkan konsep kebudayaan melayu.

Walaupun Izara dilahirkan di Johor Bahru namun ramai sebenarnya masih tidak tahu Izara merupakan anak kacukan Melayu dan Pakistan.

Jadi tidak hairanlah mengapa pelakon yang terkenal melalui drama Vanila Coklat ini memilih tema Bollywood sebagai tema malam berinainya.

SELANJUTNYA: Gambar Malam Berinai Izara Mula Tersebar…

IKLAN

4.Pejabat Agama Sahkan Tiada Pemohonan Nikah Daripada Fattzura

#MHBreakfirst: 4 Artikel MH Yang Mengejutkan Orang Ramai

Sejak tersebarnya cerita tentang majlis pernikahan mereka. Ramai yang mula membuat spekulasi dan ada juga yang tidak puas hati kerana tidak diberi jawapan yang tepat.

Namun pasangan ini telah mengatakan akan membuat sidang media sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

Tidak sabar dan teruja untuk mengetahui apakah yang terjadi sebenarnya, banyak pihak yang cuba menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Petaling (PAID) untuk dapatkan pengesahan.

Namunpihak PAID telah mengeluarkan kenyataan sehingga kini tiada sebarang pemohonan nikah yang dibuat oleh kedua pasangan ini.

Pengumuman ini telah buatkan ramai pihak yang ‘terdiam’ dan buntu untuk membuat spekulasi kerana terbukti tuduhan terdahulu tidak berasas.

Apapun MH harap kita semua dapat bersabar untuk menantikan kepulangan mereka dan sama-sama dengar apakah pengumuman penting yang ingin mereka sampaikan…

SELANJUTNYA: Pejabat Agama Sahkan Tiada Permohonan Nikah Antara Fattah Dan Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI