Heboh di media sosial yang mendakwa pelakon wanita popular, Fazura dan bekas juara Hero Remaja 2011/2012 telah bernikah pada malam Selasa yang lalu.

MH terkejut apabila tersebarnya berita tersebut yang kononnya mereka telah bernikah dalam diam di mana majlis nikah mereka ini hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Beberapa hari yang lalu, sebuah agensi media melaporkan satu majlis telah berlangsung di rumah nenek kepada Fazura yang terletak di Petaling Jaya. Dengan berkhemah putig seakan mereka sedang mengadakan sebuah majlis.

Pejabat Agama Sahkan Tiada Permohonan Nikah Antara Fattah Dan Fazura

Namun majlis apa yang sedang berlangsung tidak dapat dipastikan sama ada majlis pernikahan, pertunangan atau kenduri kesyukuran sebelum Fazura sekeluarga berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

IKLAN

Terbaru memetik dari satu sumber, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling mengesahkan bahawa mereka tidak menerima sebarang maklumat tentang pernikahan Fattah dan Fazura yang didakwa berlangsung pada malam sebelum mereka berangkat ke tanah suci.

Pejabat Agama Sahkan Tiada Permohonan Nikah Antara Fattah Dan Fazura

Jurucakap pejabat agama itu juga turut berkata, Fattah dan Fazura juga belum hadir untuk menguruskan hal pernikahan di pejabat agama berkenaan.

IKLAN

“Kebiasaannya tiada majlis pernikahan dilakukan pada waktu berkenaan (malam). Pihak yang mahu berkahwin sepatutnya membuat permohonan pernikahan terlebih dahulu sebelum dinikahkan oleh pegawai dari pejabat agama,” kata jurucakap tersebut kepada Mstar Online.

Tambahnya lagi, pernikahan boleh juga dilakukan tanpa mendapatkan permohonan daripada pejabat agama daerah.

Pernikahan tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan khidmat juru nikah kariah masjid berdekatan.

IKLAN

Walau bagaimanapun kata jurucakap itu lagi, perkahwinan seperti itu perlu dilakukan secara tertutup yang kebiasaannya dilakukan bagi kes tangkap khalwat.

“Apa-apa pun, jika mereka (Fattah dan Fazura) benar-benar sudah bernikah, mereka perlu datang daftar di sini (jika pernikahan dilakukan di daerah Petaling),” katanya.

Seperti yang semua tahu, tidak lama lagi mereka berdua akan mengadakan sidang media sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Jadi sama-samalah kita tunggu apa yang ingin mereka perkatakan.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI