Baru dua episod ditayangkan, peminat drama, Budak Tebing yang kini sudah memasuki musim ke-3 dikejutkan dengan kematian watak utama, Tongki yang dimain oleh pelakon, Aedy Ashraf.

Rata-rata peminat sememangnya tidak menyangka dengan keputusan pengarah, Nizam Zakaria kerana mematikan watak Tongki yang selama ini menjadi tunjang utama drama tersebut.

Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Aedy atau nama sebenarnya, Mohamad Addy Ashraf Rosmadi telah pun merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menyokongnya di dalam drama Budak Tebing selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

“Sememangnya perjalanan yang sangat indah. Tiga musim yang hebat. Tiga tahun yang sangat menyenangkan.

“Terima kasih kepada yang setia menunggu Tongki. I love you,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan teori tersendiri dengan meramalkan Tongki masih hidup dan bakal membuat kemunculan semula.

IKLAN

“Tongki masih hidup. Saya tak rasa Tongki dah mati. Kubur yang mereka lawat tu bukan kubur Tongki. Mesti ada plot twist sebab poster dan opening Tongki watak utama.

“Kenapa Tongki mesti mati. Saya tengok cerita tu sebab kau dik.

“Ni mesti plot twist macam Fast 9. Kalau Han boleh mati hidup balik, mesti Tongki boleh buat benda sama. Cuma kita tunggu apa yang jadi nanti.

IKLAN

“Betul ke Tongki mati sebab nama Aedy. Dia ada permulaan cerita. Nama pelakon utama.

“Alaa Tongki tak boleh mati dulu. Yang mati tu bukan Tongki kan. Hero mana boleh mati,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Budak Tebing 3 membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Adam Lee, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran dan Nelissa Nizam.

IKLAN

Malah, drama ini turut menampilkan beberapa muka baru seperti Nabil Aqil, Izz Ilham dan Azhar Sulaiman.

Budak Tebing 3 bersiaran secara rasmi di slot Lestari, TV3 pada setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aedy Asyraf

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI