Kasih sayang seorang anak kepada Ibu, penyanyi Linda Rafar telah meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya.
Linda Rafar atau nama sebenar Azlinda Binti Rafar telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang berusia 41 tahun itu telah memaklumkan kepada pengikutnya di laman media sosial tersebut bahawa hari ini merupakan hari jadi arwah ibunya.
“Selamat hari jadi mak ….Semoga mak tenang Di sana Tadi Ada rezeki buat show bersama 1200 polis Dan ketua polis Kuala Lumpur Dato seri mazlan @pdrmsia_official ..”
Ads
“Dulu balik je mesti excited nk cter dgn mak dpt buat show depan Ramai org..Tp hari ni mak dah xde..mak pergi selamanyaaa.. Linda syg mak sgt2 n Rindu mak Al-Fatihah mak” tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang itu telah menarik perhatian peminat Linda yang juga turut berasa sedih terhadap Linda atas kehilangan ibu tercinta. Malah, peminat juga turut mendoakan arwah ibu Linda dicucuri rahmat.
Ads
MH juga turut mendoakan Linda untuk terus cekal dan tabah menjalani dugaan yang ditempuhinya.
Untuk rekod, ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari lalu.
Foto : Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peminat bintang viral, Kylie Jenner pastinya tersenyum lebar apabila figura pujaan mereka telah dinobatkan sebagai billionair paling muda.
Usianya kini baru mencecah 21 tahun dan terdahulu, rekod tersebut dipegang pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.
Mengumpul aset lebih $900 juta, adik kepada super model Kendal Jenner itu pastinya mengumpul kekayaan hasil jenama kosmetiknya yang sukses, Kylie Cosmetics.
Apa pun, jom ikuti fakta lain mengenai bintang seksi ini.
Pernah Jadi Mangsa Buli
Siapa sangka, di balik nama keluarga dan status keluarganya yang kaya-raya, Kylie sebelum ini pernah mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli para pelajar lain ketika di bangku persekolah. Oleh sebab itulah, dia mengambil keputusan untuk belajar dari rumah dan keluarganya mengupah guru khas untuk ajarnya di rumah dan Kylie turut lulus cemerlang.
Mengaku Tebalkan Bibir
Menerusi sebuah temu bual, Kylie tanpa berselindung mengakui dia ada melakukan pembedahan kosmetik bagi menebalkan bibir. Kata Kylie, bibirnya sebelum ini agak nipis. Malah, jelas Kylie lagi anaknya Stormi Webster tidak mendapat ‘gen’ bibir mugil daripadanya, tetapi daripada bapanya.
Sembunyikan Kehamilan
Selepas didapati mengandung hasil hubungannya dengan penyanyi Travis Scoot, bintang ini nyata tidak memberikan sebarang kenyatan mengenali ‘kehilangannya’ selama beberapa bulan dari radar dunia Hollywood meski angin bertiup kencang mengatakan dirinya sedang berbadan dua. Malah, Instagramnya pada ketika itu juga tidak di muat naik sebarang updates terbaru. Kylie dilaporkan melahirkan anak pertamanya yang dipanggil Stormi, pada 1 Februari 2018.
Persahabatan Dengan Selena Gomez Retak Gara-Gara Justin Bieber?
Khabarnya, Kylie sebelum ini pernah bersahabat baik dengan penyanyi Selena Gomez. Bagaimanapun, hubungan keduanya menjadi renggang apabila dikhabarkan Kylie pernah merayu cinta sama Bieber saat penyanyi lelaki itu masih bercinta dengan Selena.
Foto: Carian Google, Instagran Kylie Jenner
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengharapkan agar hubungan yang dibina bersama insan istimewa dicurahi dengan kebahagiaan sehingga ke jenjang pelaminan, Elly Mazlein yang diberi keistimewaan dari team digitorial MH sebagai wajah pengenalan penghias muka hadapan versi digital tidak mahu lagi sembunyi…
Sebaliknya, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini sudah terbuka dalam berkongsi mengenai soal hati, apatah lagi mengakui dia kini sudah pun bersedia untuk kembali bergelar isteri, selepas menempuh satu fasa yang penuh onak dan duri.
Katanya, ‘bara yang tersimpan’ sebolehnya mahu dipadam, ditinggalkan jauh-jauh demi mencari sinar kebahagiaan baru.
“Sejujurnya sejak awal, saya memang tidak berapa gemar untuk sembunyikan soal cinta buat peminat. Bimbang andai apa yang diperkatakan disalah erti, meski saya agak sensitif bila bicara soal jodoh. Jadi ada baiknya juga saya mengakui sedang mengenali secara rapat bersama seorang lelaki.
“Cuma belum bersedia untuk saya dedahkan wajahnya pada umum. Kalau boleh, biarlah ia jadi suatu elemen ‘surprise’. InsyaAllah bila tiba harinya nanti, saya akan perkenalkan si dia pada peminat.
“Ya, dia lebih mudah daripada saya, tetapi kami tiada masalah untuk meneruskan hubungan sementelah dia sendiri seorang yang matang dan kami saling cuba memahami sisi hidup masing-masing memandangkan lapangan kerja kami juga jauh bezanya. Dia cikgu, saya pula selebriti,” kata Elly yang mesra disapa Kak Lina ini.
Diajukan persoalan mengenai sejauh mana skala hubungan serius hos program Bintang Mencari Bintang ini bersama jejaka asal Kelantan itu, Elly memaklum di sendiri sudah pun merancang untuk bertemu dengan keluarga pihak sebelah sana.
“Memang saya sudah betul bersedia bergelar isteri. Kami kini sedang melalui suatu fasa hubungan yang serius. Dah mula rancang bulan ini untuk bertemu dengan kedua ibu bapanya. Ada juga ahli keluarganya yang sudah saya bertemu. Cuma ibu bapanya di Kelantan jadi saya perlu ambil masa agak panjang ke sana, sambil bercuti, insyaAllah.
“Apa pun, saya mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku. Mahu juga peroleh kebahagiaan macam orang lain.
“Tidak sabar rasanya untuk tempuh alam rumah tangga. Malah, saya juga mahu kongsi kebahagiaan dengan anak, Putri Sara Sephia Hanafi. Saya mahu pastikan kali ini dia ada insan bergelar Papa di sisinya, siang dan malam,” ujarnya lagi.
Perjelas Isu Mahu Solat Berjemaah Dengan Suami
Pada masa sama, perkongsian soal bunga cintanya juga turut ‘dikuis’ dengan elemen senasi apabila bintang asal Perak ini turut mengakui tidak sabar untuk solat secara berjemaah dengan suami, bila bergelar isteri buat kali kedua nanti.
Malah, berita itu turut dikongsikan menerusi media sosial.
“Ya…sebab saya daripada dulu bukan seorang yang jenis bukan nak rahsia-rahsia. Kali ini pun sama, rasa lebih terbuka kerana saya pun ingin merasa apa yang saya tak pernah rasa. Memanglah pada saat ini saya bersolat secara sendirian, maksud saya kalau sudah berkahwin nanti, saya impi untuk solat berjemaah dengan suami.
“Tak pernah merasa momen itu, jadi saya ingin merasalah kalau diizinkanNya,” terang Elly jujur.
Malah, Elly juga memaklumkan sebagai manusia yang tidak sempurna, dia juga berdoa untuk menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari.
“Saya ingin punyai keluarga baru sendiri, jadi ibu dan isteri yang baik. Jadi anak yang baik dan pastinya, insan lain juga sedang berusaha untuk menjadi lebih baik ke arah kebaikan. Jadi sudah tentulah saya mengharapkan sinar baru dengan hubungan yang baru ini, insyaAllah…,” kongsinya.
Mahu Kekal Sihat Demi BBB, Tiada Guna Wajah Cantik Tapi…
Memulakan aktiviti seni terkininya sebagai hos untuk program Bintang Bersama Bintang (BBB) musim terbaru di TV3, Elly berazam mahu menggalas amanah produksi rancangan realiti itu dengan baik.
Lebih-lebih lagi apabila dia diberi peluang mengenalikan program tersebut secara solo. Pastinya ia memerlukan lebih stamina dan fokus yang bukan sembarang.
“Ahad lalu bermulalah perjalanan saya dalam program BBB. Syukur kepadaNya kerana diberi kepercayaan sebagai hos dan suatu cabaran baru juga kerana inilah kali pertama saya menjadi pengacara sendirian. Sebelum ini dibantu rakan pengacara lainnya.
“Saya sendiri tidak pasti apa sebab utama mereka memanggil saya untuk menerajui racangan tersebut. Cuma apabila diberi peluang, saya cuba berani dan yakinkan diri kerana setidaknya, apa yang nampak potensi dan tentu saya cuba berikan yang terbaik.
“Mungkin juga kerana personaliti saya yang bersahaja ketika menjadi pengacara sebelum ini mendapat maklum balas yang baik meski terdahulu ada juga yang pesimis. Apapun, saya hanya jadi diri sendiri dan akhirnya ada yang tidak berapa suka itu sudah boleh menerima saya seadanya.
“Jadi mungkin atas faktor itulah, mereka sudi memilih saya dan kepercayaan ini merupakan satu bentuk penghargaan yang besar buat saya,” kongsinya yang turut memberitahu, dia sentiasa mengamalkan pemakanan sihat demi kelangsungan kerjaya.
“Kalau nak bercerita mengenai petua cantik orang lama yang saya amalkan, rasanya tidaklah terlalu kerap. Yang pasti saya akan melakukan senaman selain mengambil menu sihat sehari-hari.
“Kurangkan makanan berminyak, ambil banyak air putih dan elak dari makanan yang terlalu manis. Itu sahajalah yang saya amalkan kerana bagi saya wajah yang cantik pun tiada guna jika kesihatan dalam tidak dititik beratkan. Kesihatan adalah segalanya bagi semua orang.
“Kalau kita sihat, hasil kerja pun akan jadi baik juga kerana saling berkait. Jadi saya lebih suka untuk titik beratkan soal kesihatan berbanding kecantikan. Sebab kalau tiada aktiviti seni atau penggambaran, saya lebih suka tidak kenakan sebarang solekan pada wajah.
“Biarkan kulit bernafas,” akhiri Elly yang bakal terlibat di dalam projek showcase amal Raikan Wanita yang akan berlangsung pada 30 Mac depan di Sime Darby Convention Centre.