Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui oleh penyanyi Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tersayang, Ashraf Sinclair.
Menerusi akaun Instagram, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada memuat naik beberapa keping foto ketika menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Namun, meski tanpa suami tercinta penyanyi dari negara seberang ini tetap kelihatan senyum kegembiraan di hari raya Aidilfitri.
“When we have each other, we have everything .. Eid Mubarak!,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut menitip ucapan hari raya Aidilfitri kepada Bunga sekeluarga.
Ads
Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu di negara ini meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel tidak dapat memyembunyikan rasa sedih selepas kucing yang dibelanya sejak tiga bulan lalu telah mati, dipercayai akibat sawan pada Ahad.
Menurut Naim, pengalaman menjaga kucing istimewa ini memberi makna mendalam buat diri dan keluarganya.
Difahamkan, kucing yang diberi nama Pia itu diserang sawan ketika sedang diberi makan oleh kakak kepada penyanyi tersebut.
“Assalammualaikum semua. Untuk makluman, Pia, kucing kesayangan kita semua dalam video Naim sebelum ni baru saja meninggal jam 11 pagi tadi.
“Sawan dia attack balik masa kakak tengah suap dia makan. Before this masa dia sawan, kakak managed untuk counter sawan dia and pump dada dia but harini Allah memang nak bawa Pia balik.
“Tiga bulan Allah pinjamkan Pia untuk keluarga kami. Dari papa jumpa dia dekat tepi kedai makan, bela dia sampai hari ni. Akhirnya Pia berhenti untuk bertarung dengan penyakit dia. Sama – sama kita doakan Pia @itspiathecat ,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Sumpah itu menasihati orang ramai supaya menghentikan tabiat mendera binatang kerana ia boleh mendatangkan trauma terhadap bintang berkenaan.
“Pengalaman untuk ada bersama dengan kucing istimewa dalam keluarga kitaorang selama 3 bulan ni memang betul-betul memberi seribu satu makna.
“Peringatan sesama kita, jangan pernah dera haiwan. Macam Pia, dia menderita penyakit sawan yang mungkin berpunca daripada trauma sebelum ini yang pernah didera oleh orang sebelum kami jumpa dia.
“Dan ini adalah penderitaan yang terpaksa Pia tanggung.
“Sayangi haiwan anda, tak kira yang ada beli di pet shop ataupun jumpa sekali di tepi jalan sekalipun. Jangan pernah ada sikap prejudis,” kongsinya.
Kisah sedih tersebut dikongsikan oleh Naim menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian ramai selepas menerima lebih 120,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen wargamaya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa sedih selain turut terkesan dengan perkongsian Naim itu.
Sumber: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rakan seperjuangan turut terkesan atas ujian yang menimpa ketika umat Islam meraikan Aidilfitri dan menitipkan doa serta sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham bapanya.
Salam takziah buat Wada seisi keluarga.
Foto : Instagram Wada Syuhada
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar melahirkan kesyukuran apabila dapat menyambut hari raya Aidilfitri bersama anaknya, Wan Maryam selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama.
Jelasnya, walaupun umat Islam menyambut Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun inilah raya paling bermakna buat dirinya.
“When daughters have engaged dads, they benefit from that relationship for a lifetime.
“Syukur Alhamdulillah dapat beraya dgn cinta hati sayang daddy.dah dua kali raya tak dapat bersama dgn anak tersayang.
“Walaupun beraya di musim PKP, ini lah raya yg paling bermakna buat saya.Maryam anak yg baik dan memahami dan anak yg solehah yg bakal membawa ibubapanya ke syurga.
“Semoga Allah makbulkan segala doa saya dan tiada apa pun dapat memisahkan hubungan dan ikatan antara seorang anak dan bapanya,” kongsinya.
Netizen nyata sayu dengan perkongsian pelakon Maaf Tak Indah itu.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan bercerai pada Julai tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.
Foto : Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.