Entri terbaharu Mizz Nina di laman Instagram mendapat perhatian ramai susulan perkongsian kapsyen panjang yang diberikan.

Menerusi muat naik berkenaan, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkongsikan ayat dalam surah Al-Baqarah untuk renungan bersama.

“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.

Mesej Mizz Nina Di Instagram Penuh Tersirat; “Sesungguhnya Hanya Allah Yang Mengetahui…”

Mesej Mizz Nina Di Instagram Penuh Tersirat; “Sesungguhnya Hanya Allah Yang Mengetahui…”

“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita.

“Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.

IKLAN

“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan.

Mesej Mizz Nina Di Instagram Penuh Tersirat; “Sesungguhnya Hanya Allah Yang Mengetahui…” Mesej Mizz Nina Di Instagram Penuh Tersirat; “Sesungguhnya Hanya Allah Yang Mengetahui…”

“Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.

“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan,” tulisnya.

IKLAN

Mesej Mizz Nina Di Instagram Penuh Tersirat; “Sesungguhnya Hanya Allah Yang Mengetahui…”

Menerusi entri itu juga, Mizz Nina turut menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT.

“Sesungguhnya hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah di sebaliknya atau tidak.

“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui,” tulisnya lagi.

IKLAN

Terdahulu, timbul dakwaan yang kononnya rumah tangga Mizz Nina bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh bermasalah.

Bagaimanapun, Noh baru-baru ini menafikan perkara tersebut dan berkata itu hanyalah satu berita palsu.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu berkahwin pada 1 Julai 2011.  Mizz Nina dan Noh pada Mac lalu mengumumkan mereka mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Mizz Nina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI