“Mereka Yang Layak Menerima Bantuan Ini Ialah…,” – Pekerja Perlu Tahu Hak! Ini Cara Tuntut RM600 Bantuan Cuti Tanpa Gaji Krisis COVID-19

Share

Bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan  Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga 31 Mac depan.

Malah semalam, PM sekali lagi menyeru agar rakyat di negara ini mematuhi peraturan seterusnya duduk di rumah dalam tempoh yang telah dikuat kuasakan.

Sementara itu, bagi pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji bermula 1 Mac, mereka juga sebenarnya  layak menerima RM600 yang akan diberi dalam tempoh 7 hari dari permohonan dibuat.

Menteri Kanan, YB Datuk Seri Azmin Ali turut berkongsi mengenai perkara itu menerusi salah satu posting yang dimuat naik di FB rasminya, pada Rabu.

 

Jelasnya, mereka yang terlibat boleh membuat pertanyaan lanjut di talian 1-300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my ATAU menyalurkan aduan/pertanyaan melalui https://www.facebook.com/PERKESO.Official/

Foto: Sinar Harian

IKLAN